SEPANG: Kejayaan projek perintis "Mecca Route" yang dimulakan oleh kerajaan Arab Saudi di Malaysia pada 2017 membolehkan program itu diperluas ke enam negara lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata program yang bertujuan memudah dan mempercepatkan urusan perjalanan jemaah haji itu kini turut dilaksanakan di Maghribi, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Ivory Coast dan Turkiye.
Ketika meninjau kaunter "Mecca Route" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Mohd Na'im berkata melalui program itu, pegawai imigresen Arab Saudi yang berada di KLIA akan memeriksa pasport jemaah haji tanpa perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam apabila tiba di negara itu.
"Dahulu, bakal haji terpaksa menunggu sekitar empat hingga lima jam di imigresen, tetapi dengan adanya "Mecca Route" ini, seramai kira-kira 55 pegawai kerajaan Arab Saudi yang ditempatkan di sini selama sebulan untuk memudahkan perjalanan bakal haji.
"Selepas melepasi Imigresen Malaysia, mereka terus bergerak ke sini (kaunter Mecca Route) dan terus mendaftar dengan passport mereka, dalam kurang seminit sudah selesai," katanya.
Mohd Na'im turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi dan Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud kerana meneruskan program Mecca Route di Malaysia.
Sementara itu, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas kerjasama menjayakan program berkenaan.
"Dengan kerjasama yang mantap ini, memudahkan program Mecca Route demi kemudahan dan kebajikan bakal haji," katanya sambil mendoakan bakal haji Malaysia memperoleh haji yang mabrur.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Mohd Na'im berkata program yang bertujuan memudah dan mempercepatkan urusan perjalanan jemaah haji itu kini turut dilaksanakan di Maghribi, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Ivory Coast dan Turkiye. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Arab Saudi perluas "Mecca Route" ke enam negara lain hasil kejayaan di Malaysia - Mohd Na'im
Kejayaan projek perintis "Mecca Route" yang dimulakan oleh kerajaan Arab Saudi di Malaysia pada 2017 membolehkan program itu diperluas ke enam negara lain.
KDN nyatakan komitmen urusan di bawah inisiatif Mecca Route berjalan lancar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen (JIM) memegang pada komitmen untuk memastikan urusan rakyat Malaysia yang menunaikan haji di bawah inisiatif Mecca Route, berjalan lancar.
Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.