KUALA LUMPUR: Arab Saudi mempelawa komuniti perniagaan Malaysia untuk melabur dalam pelbagai projek di bawah Wawasan 2030 negara itu dan memanfaatkan kemudahan yang ditawarkannya kepada pelabur asing.
Ketika membuat gesaan itu, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan berkata, terdapat pelbagai peluang pelaburan yang menarik ditawarkan Arab Saudi dan syarikat Malaysia dialu-alukan untuk melabur, terutamanya dalam sektor perindustrian.
Sektor perindustrian merupakan elemen penting dalam kepelbagaian ekonomi negara itu selaras dengan Wawasan 2030, manakala Malaysia merupakan antara negara perindustrian terkemuka, boleh mengintai peluang yang ada.
"Mesej saya kepada komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia adalah untuk terus meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara kedua-dua negara, di samping bertukar-tukar maklumat berkaitan peluang komersial dan pelaburan yang tersedia dalam semua sektor," katanya kepada Bernama sempena Hari Kebangsaan ke-92 Arab Saudi yang disambut setiap 23 Sept.
Kerajaan moden Arab Saudi, ditubuhkan oleh Raja Abdulaziz Al-Saud pada 1932, merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab.
Qattan juga menegaskan bahawa terdapat peluang kerjasama dalam sektor pelancongan, kebudayaan dan hiburan, di mana negara itu berusaha membangunkan projek hiburan baharu menerusi Wawasan 2030, menganjurkan acara dan festival di peringkat antarabangsa serta membangunkan tapak sejarah dan warisan.
"Syarikat terkemuka Malaysia dalam bidang pelancongan, hiburan dan kebudayaan boleh melabur dalam projek ini.
"Kami juga berhasrat membangunkan industri kesihatan, termasuk pusat hiburan keluarga dan projek tenaga semula jadi, di mana syarikat Malaysia dipelawa untuk melabur," kata duta itu lagi.
Wawasan 2030 telah dilancarkan pada April 2016 dengan pelan hala tuju dirangka oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Ia mewakili pelan pembangunan negara yang komprehensif bertujuan mengubah kerajaan supaya menjadi model terkemuka dunia dengan memperkasa rakyatnya serta mewujudkan ekonomi yang pelbagai dan makmur di samping membina masyarakat cergas dan sihat.
Ia juga berfungsi sebagai rangka kerja strategik mengurangkan kebergantungan Arab Saudi terhadap minyak, mempelbagaikan sumber ekonominya dan membangunkan sektor perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, infrastruktur, rekreasi dan pelancongan. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022

Arab Saudi mempelawa komuniti perniagaan Malaysia untuk melabur dalam pelbagai projek di bawah Wawasan 2030 negara itu dan memanfaatkan kemudahan yang ditawarkannya kepada pelabur asing, kata Mahmoud Hussein Saeed Qattan. - Gambar BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Fasa pertama pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line bermula
Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.

Arab Saudi anggap cadangan PM Israel helah alih tumpuan daripada jenayah perang di Gaza
Arab Saudi menyatakan penghargaan kepada kecaman, bantahan dan penolakan penuh daripada negara-negara Arab terhadap Benjamin Netanyahu yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin.

Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.