ISU privasi sentiasa membelenggu Apple dan penemuan terbaharu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial turut mengejutkan orang ramai.

Pengguna iPhone dan sistem iOS perlu berwaspada kerana telefon pintar berupaya merekod senarai lokasi yang pernah dilawati pengguna.

Sepanjang minggu ini, sebuah video yang dimuat naik pengguna Facebook, Melody Pluckett menjadi viral.

Rakaman sepanjang 1 minit 29 saat itu mula-mula dimuat naik pada 17 Mei lalu.

Ia memaparkan pendedahan di mana iPhone mampu merakam lokasi yang pernah dilawati penggunanya secara terperinci.


Hal itu menjadi isu dan beberapa persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mula timbul.

Lokasi yang sering dilawati serta rutin harian pemilik akan terdedah sekiranya mereka kehilangan telefon bimbit.

Namun tetapan itu boleh ditutup dengan aturan yang terdapat di Privacy Settings, seperti berikut:

SettingsPrivacyLocation ServicesSystem ServicesFrequent Locations

Video yang dimuat naik Melody itu mencapai tontonan melebihi 1.8 juta selain dikongsi sebanyak 55 ribu kali setakat ini.