DENGAN pengumuman iOS 18, iPadOS 18, macOS Sequoia, dan watchOS 11 semalam, tiba masanya mengucapkan selamat tinggal kepada Apple ID.


Ringkasan AI
  • Apple ID akan dijenamakan semula menjadi Apple Account. Perubahan ini akan berlaku apabila sistem operasi baharu seperti iOS 18, iPadOS 18, macOS Sequoia, dan watchOS 11 dilancarkan kepada umum pada musim luruh nanti.
  • Apple ID telah digunakan selama lebih dua dekad. Penjenamaan semula ini dilakukan oleh Apple untuk memberikan pengalaman log masuk yang konsisten merentas perkhidmatan dan peranti Apple.
  • Pengguna tidak seharusnya keliru dengan perubahan ini. Mereka perlu memahami bahawa Apple Account mereka adalah apa yang sebelumnya dikenali sebagai Apple ID, terutamanya apabila mereka cuba mengaktifkan peranti baharu.


Apabila kesemua sistem operasi ini dilancarkan kepada umum pada musim luruh nanti, Apple ID akan secara rasmi dijenamakan semula menjadi Apple Account.

Apple ID telah digunakan sejak lebih dua dekad yang lalu. Menurut Apple, penjenamaan kepada Apple Account dilakukan bagi “memberikan pengalaman log masuk yang konsisten merentas perkhidmatan dan peranti Apple”.

Selepas ini jangan ada pula pengguna yang keliru apabila cuba mengaktifkan peranti baharu dan tidak tahu apakan Apple Account mereka. -Amanz