KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu hari ini mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa 10 pemancing dan tiga kru termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Besut.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata bot pendaftaran KNF 7040 itu keluar dari Jeti Pengkalan Kubu di Kuala Besut pada 10 pagi Sabtu lepas (25 Jun).
"Bot tersebut sepatutnya pulang semalam tetapi hingga kini masih tidak pulang dan gagal dihubungi.
"Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan SAR pada 11.45 pagi tadi bagi mengesan bot tersebut. Kapal Maritim Redang digerakkan ke kawasan dipercayai bot tersebut selalu memancing di sekitar pelantar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan bot tersebut tiada peralatan seperti radio atau satelit komunikasi, katanya.
Beliau berkata MRSC Kuantan juga telah berhubung dengan Pusat Komunikasi Petronas dan Exxon Mobil bagi hebahan mengenai bot tersebut.
"Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dapat menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu melalui talian 09-6224357," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
![APMM Terengganu aktifkan SAR cari bot bawa 10 pemancing, tiga kru APMM Terengganu aktifkan SAR cari bot bawa 10 pemancing, tiga kru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656601155_botnelayan.jpg)
APMM Terengganu hari ini mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa 10 pemancing dan tiga kru termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Besut. - Foto APMM/Sinar Harian
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan hilang Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703154435_TBMamuju.jpg)
Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang mengesan sebuah bot yang dinaiki sekurang-kurangnya 28 orang yang dilaporkan hilang pada Rabu di luar pantai daerah Mamuju di wilayah Sulawesi Barat.
![APMM Terengganu aktifkan SAR cari bot bawa 10 pemancing, tiga kru APMM Terengganu aktifkan SAR cari bot bawa 10 pemancing, tiga kru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656601155_botnelayan.jpg)
APMM Terengganu aktifkan SAR cari bot bawa 10 pemancing, tiga kru
APMM Terengganu hari ini mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa 10 pemancing dan tiga kru termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Besut.
![Tragedi bot hilang di Jepun: Mayat kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-11 dijumpai Tragedi bot hilang di Jepun: Mayat kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-11 dijumpai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650901178_TBJAPANBOATMISSING.jpg)
Tragedi bot hilang di Jepun: Mayat kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-11 dijumpai
Angka kematian akibat tragedi bot pelancong yang hilang hujung minggu lalu di utara Jepun meningkat kepada 11 orang.
![18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat 18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645890085_Pemancingditemuise.jpg)
18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat
Seramai 18 pemancing termasuk kru sebuah bot yang dilaporkan hilang dan karam, dipercayai selepas dipukul ribut di perairan Langkawi ditemui selamat, malam ini.
![14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645872703_TBbotkaram.jpg)
14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi
Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi hari ini.
![Tiga pekerja resort hilang di laut: APPM tidak menolak kemungkinan bot dinaiki alami kerosakan Tiga pekerja resort hilang di laut: APPM tidak menolak kemungkinan bot dinaiki alami kerosakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51564652249_TBBOTHILANG.jpg)
Tiga pekerja resort hilang di laut: APPM tidak menolak kemungkinan bot dinaiki alami kerosakan
Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, situasi itu mungkin menyebabkan kesemua mangsa dihanyutkan arus.
![Bot hilang: '25 orang terselamat, enam masih dicari' - Shahidan Bot hilang: '25 orang terselamat, enam masih dicari' - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457712509_ShahidanKassim.jpg)
Bot hilang: '25 orang terselamat, enam masih dicari' - Shahidan
Seramai 25 orang terselamat sementara enam lagi masih hilang selepas bot jenis katamaran membawa pelancong China ke Pulau Mengalum pagi semalam.
![Dua kapal TLDM, pesawat C130 sertai misi kesan bot pelancong hilang di perairan Sabah Dua kapal TLDM, pesawat C130 sertai misi kesan bot pelancong hilang di perairan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485657570_PulauMegalum.jpg)
Dua kapal TLDM, pesawat C130 sertai misi kesan bot pelancong hilang di perairan Sabah
Dua kapal LDM dan sebuah pesawat C130 TUDM kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat sebuah bot pelancong yang hilang di perairan Sabah
![Bot bawa 31 individu dipercayai hilang dalam perjalanan ke Pulau Mengalum Bot bawa 31 individu dipercayai hilang dalam perjalanan ke Pulau Mengalum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485657570_PulauMegalum.jpg)
Bot bawa 31 individu dipercayai hilang dalam perjalanan ke Pulau Mengalum
Bot tersebut bergerak dari jeti Tanjung Aru pada jam 9 pagi semalam menuju pulau tersebut dan masih belum tiba hingga kini.
![Bot bawa empat pemancing yang hilang sembilan bulan lepas ditemui Bot bawa empat pemancing yang hilang sembilan bulan lepas ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61383956035_295x200.jpg)
Bot bawa empat pemancing yang hilang sembilan bulan lepas ditemui
Keempat-empat mangsa bagaimanapun tidak ditemui, dipercayai telah lama meninggal dunia sejak kejadian itu.