KAJANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini mengadakan ujian siren Sistem Amaran Awam (PWS) bagi menilai keberkesanan siren itu dalam menyedarkan masyarakat berkaitan ancaman seperti bencana alam, peperangan, wabak penyakit, darurat, rusuhan dan perintah berkurung.
Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Operasi APM Sharudin Md Zin berkata menerusi ujian itu, pihaknya berharap masyarakat sentiasa peka, bersedia serta tidak panik apabila mendengar siren tanda amaran untuk sebarang ancaman dan kecemasan.
"APM akan terus mengadakan ujian siren PWS ini bagi memastikan kesiagaan dan melahirkan masyarakat yang berdaya tahan selari dengan aspirasi dekad platinum APM," katanya kepada pemberita selepas menguji siren itu di Ibu Pejabat APM di sini hari ini.
Ketika ini terdapat 30 unit siren yang telah dipasang di seluruh negara dan menurut Sharudin pihaknya menyasarkan sebanyak 250 siren akan dipasang menjelang 2024.
Beliau berkata bunyi siren itu boleh mencapai jarak dan akses kepada komuniti setempat antara satu hingga lima kilometer bergantung kepada bentuk muka bumi kawasan terbabit.
Terdapat empat nada bunyi yang akan dikeluarkan siren iaitu nada panjang dan berterusan bagi gempa bumi, tanah runtuh dan kebakaran besar yang memerlukan orang awam keluar segera dari bangunan atau memberhentikan kenderaan dan berkumpul di kawasan lapang.
Jenis nada bunyi beralun dan berterusan pula adalah amaran bagi banjir, ombak besar, serangan udara, ribut taufan, wabak penyakit, ancaman toksik, jerebu dan ancaman ketenteraman awam yang memerlukan orang awam masuk segera ke dalam bangunan atau kawasan terlindung yang kukuh.
Bagi nada bunyi pendek dan singkat, ia menandakan ancaman telah tamat manakala jenis nada bunyi pengumuman merupakan pemberitahuan yang disampaikan untuk perhatian orang awam.
Siren PWS dipasang di lokasi berkepentingan ekonomi seperti pelabuhan dan beberapa lokasi strategik di bangunan pentadbiran kerajaan.
Siren PWS terkini jenis elektronik turut dipasang di beberapa menara penyelamat pantai APM sejak berlakunya tsunami pada 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
APM hari ini mengadakan ujian siren Sistem Amaran Awam (PWS) bagi menilai keberkesanan siren itu dalam menyedarkan masyarakat berkaitan ancaman seperti bencana alam, peperangan, wabak penyakit, darurat, rusuhan dan perintah berkurung. - Foto FB APM
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.
Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.
Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.
Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.
Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang petang ini
Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).