Adakah pembalasan dendam menjadi motif pembunuhan Siti Soffea Emelda Abdullah, kanak-kanak 18 bulan yang ditemui dengan kepala terputus di tebing Sungai Klang pada Khamis malam?
Menurut laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara bersama suspek yang diburu polis.
Memetik kenyataan satu sumber polis. dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan pihak polis keatas ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, 32 tahun.
Beliau berkata, suspek pernah dipenjarakan di penjara Kajang dan dibebaskan beberapa bulan yang lalu.
Sumber tersebut turut berkata suspek adalah seorang lelaki etnik India, berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur.
"Ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjara.
"Kami melakukan pemeriksaan senarai banduan yang telah dibebaskan dari penjara dalam tempoh beberapa bulan dan juga maklumat yang diperolehi daripada rakaman CCTV. Suspek kemudian dikenalpasti sebagai lelaki India tempatan berumur lewat 30-an," katanya.
Ibu mangsa adalah Siti Salmy Suib seorang warga tempatan, dan tidak mempuyai tempat tinggal dan pekerjaan.
Apabila ditanya tentang hubungan suspek dan ibu bapa kanak-kanak kecil itu, sumber itu berkata ia masih dalam siasatan polis.
"Kami perlu meneruskan operasi mencari untuk suspek pada hari Sabtu. Kemungkinan suspek lemas di Sungai Klang, seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi."
Menurut laporan The Malaysian Insider, seorang pengawal di Kompleks Kota Raya melihat Siti Soffea tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengejar suspek.
Kejadian berlaku di tingkat empat kompleks berkenaan dimana Siti Soffea kelihatan cuba menyorok di belakang tembok tetapi suspek memegang Siti Soffea dan terus beredar.
Laporan yang sama turut berkata bahawa Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua lagi anak beliau tinggal bersama ahli keluarganya. Siti Salmy dan Siti Soffea berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur dan bergantung kepada bantuan orang ramai.
The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa suspek adalah seorang penagih dadah yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.
Sementara itu, akhbar The Malay Mail melaporkan bahawa Siti Salmy juga seorang penagih dadah.
Pada hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap.
Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.
Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.
Dia kemudian meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada.
Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mangsa telah dikebumikan pada petang Jumaat.
Astro Awani
Fri May 30 2014
![Apakah motif pembunuhan Siti Soffea? Apakah motif pembunuhan Siti Soffea?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71401464726_295x200.jpg)
Kanak-kanak kecil berusia 18-bulan itu dikenal pasti sebagai Siti Soffea Emelda Abdullah
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Pemandu lori mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan Pemandu lori mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Pemandu lori mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh Mohamad Zulazhar Ibrahim, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
![Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719223598_Budaktahun.jpg)
Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki
Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia 12 tahun dicari selepas dipercayai melarikan diri mengikut teman lelaki, di sini, pada Ahad.
![Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718089503_dera.jpg)
Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari
Wanita berumur 27 tahun dan suaminya, 66, ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam.
![Lelaki warga asing gesel kemaluan pada kanak-kanak dicekup Lelaki warga asing gesel kemaluan pada kanak-kanak dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709887394_TBwargaasingjpg.jpg)
Lelaki warga asing gesel kemaluan pada kanak-kanak dicekup
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di George Town.
![Kanak-kanak 11 tahun maut nahas empat kenderaan Kanak-kanak 11 tahun maut nahas empat kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708965934_TBmaut.jpg)
Kanak-kanak 11 tahun maut nahas empat kenderaan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kangsar - Gerik dekat Selat Pagar, Gerik pada Isnin.
![Pelajar Tingkatan Tiga ditahan rogol murid 12 tahun Pelajar Tingkatan Tiga ditahan rogol murid 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707122908_TBpelajarTingkata.jpg)
Pelajar Tingkatan Tiga ditahan rogol murid 12 tahun
Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
![Kanak-kanak perempuan 12 tahun jadi hamba seks diselamatkan Kanak-kanak perempuan 12 tahun jadi hamba seks diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689928944_WomenSilhoutte.jpg)
Kanak-kanak perempuan 12 tahun jadi hamba seks diselamatkan
Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara tiga mangsa yang diselamatkan polis selepas dipercayai dijadikan sebagai hamba seks.
![Dua beradik didera ibu kandung, teman lelaki di Muar Dua beradik didera ibu kandung, teman lelaki di Muar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81458490350_kidsabuse.jpg)
Dua beradik didera ibu kandung, teman lelaki di Muar
Kedua-dua suspek berusia 36 dan 38 tahun itu telah ditahan pada 2.30 petang, Jumaat lepas.
![Budak perempuan lemas dalam kolam renang rumah datuk Budak perempuan lemas dalam kolam renang rumah datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/41449904829_DROWNING.jpg)
Budak perempuan lemas dalam kolam renang rumah datuk
Semasa kejadian, mangsa bersama kedua ibu bapanya berada di rumah berkenaan kerana menziarahi ahli keluarga.
![Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680859506_Kanakkanakcedera.jpg)
Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia
Seorang kanak-kanak perempuan nyaris cedera parah setelah terkena bahan kimia menerusi paip dalam bilik air di rumahnya di Kepong di sini pada Khamis.