“Kalau ada yang sudi belajar, saya sanggup ajar, tetapi tiada yang berminat,” kata Kuah Leong Chuan, 64 tahun.
Beliau satu-satunya pengukir batu nisan granit berketurunan Cina di Kuala Selangor, dan mungkin juga di Malaysia, yang masih hidup.
Beliau yang mesra disapa sebagai Uncle Kuah bermula dengan menyediakan batu nisan untuk pelbagai kaum, tetapi perkhidmatannya mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu sejak 30 tahun lepas.
Malah Uncle Kuah yang berbangsa Tionghua itu turut mahir menulis jawi dan tahu apa perkataan yang sesuai untuk ditulis di atas batu nisan.
“Saya mula menulis jawi di atas batu nisan granit daripada pelanggan yang tahu tulisan jawi,” katanya lagi.
Beliau merupakan generasi kelima yang meneruskan warisan keluarga pengukir batu nisan granit.
Namun, beliau kini bimbang legasi pengukir akan terhenti selepas dia tiada.
“Saya ingat, di masa depan, apabila saya tiada, perniagaan ini akan ditutup begitu saja dan tinggal sejarah, kerana tiada siapa yang ingin meneruskan legasi ini,” katanya.
Ikuti kisah Uncle Kuah yang ditemui oleh Hakim Rahman dan Nailah Huda dalam segmen Poskod@Awani yang merupakan program sempena Tahun Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Astro Awani
Sat Jan 18 2020
Kuah merupakan generasi kelima yang meneruskan warisan keluarga pengukir batu nisan granit. Namun dia bimbang legasi pengukir akan terhenti selepas dia tiada. Astro AWANI/NAILAH HUDA
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Apabila saya tiada, semuanya akan tinggal sejarah - Uncle Kuah
Kisah Uncle Kuah, satu-satunya pengukir batu nisan granit berketurunan Cina di Kuala Selangor, dan mungkin juga di Malaysia, yang masih hidup. Dan beliau bimbang legasinya akan terhenti.
Penyanyi baharu beruntung kerana media sosial - Dayang Nurfaizah
Trend itu, menurut pelantun lagu Lelaki Teragung tersebut, sangat berbeza dengan proses yang perlu dilalui oleh penyanyi yang seangkatan dengannya.