Kalau diikutkan usianya, Fatimah Sulaiman, warga emas yang semakin mencecah umur 70 tahun sepatutnya tumpukan kepada persediaan bekalan untuk dibawa ke kehidupan seterusnya.
Namun, di usia yang menghambat senja itu Fatimah cekal membelai dan menjaga anak lelaki lumpuh berusia 38 tahun, Mohd Azizi Abas.
Dalam keadaan dirinya sendiri yang dihimpit uzur, tanpa merugut, mengeluh dan banyak soal, tetapi menerima takdir ditentukanNya, sejak 2012, menjadi rutin seharian Fatimah menjaga Mohd Azizi, yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya.
Nahas di Triang, Pahang itu, menurut Fatimah, menyebabkan kehidupan mereka semakin menghimpit.
Sejak kemalangan berlaku, yang mampu Mohd Azizi lakukan hanya terbaring semata-mata.
Hilang keupayaan bergerak dan berjalan, bermakna susut kasih sayang isteri, yang bertindak meninggalkannya bersama dua anak.
“Patutnya anak lelaki yang jaga mak, kan? Tetapi itulah, makcik uruskan semua ini seorang diri. Suami sudah lama meninggal dunia. Banyak usaha, ikhtiar dilakukan, buat urutan dan sebagainya. Akhirnya syukur kepada Allah, dapat juga dia bercakap, minta air dan sebagainya.
“Makcik harap sangat, selepas ini, lebih banyak dia dapat bercakap dan meminta apa-apa daripada makcik,’’ kata Fatimah yang ditemui di kediamannya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar, Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan.
Ketika ini, Fatimah dan Mohd Azizi hanya mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
“Namun, mana cukup sebab makcik kena beli lampin pakai buang, susu sebab dia lumpuh. Barangan keperluan dapur lain juga perlu beli. Makcik pun dah tak ada daya nak menguruskan dia kerana usia makin tua,’’ kata Fatimah dengan nada sedih.
Menjadi kebimbangan dan ketakutan Fatimah, tiada siapa uruskan anak sulungnya itu jika ajalnya menjemput nanti.
Kebimbangan itu seolah-olah tidak boleh ditahan-tahan lagi, sebahagian besar disebabkan usianya sudah menghampiri 70 tahun, hayat suaminya pergi sebelum ini.
“Kalau makcik pergi dulu, apalah agaknya nasib anak makcik yang seorang ini.”
Astro Awani
Sat Jan 20 2018
Mohd Azizi Abas yang terbaring lumpuh akibat kemalangan jalan raya dijaga penuh setia ibunya seorang warga emas di kediaman mereka di Gua Musang, Kelantan. _ Gambar Astro AWANI
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Buntu fikir jaga dua anak sakit selepas suami hilang pendapatan
Bagi Noor Suraya Saidin, 36, dan suaminya, Mohd Idzwan Jamari, 39, keadaan tidak mudah lebih-lebih lagi dua daripada empat anak mereka mempunyai penyakit serius.
"Apa nasib anak ini, kalau makcik pergi dulu...."
Luahan seorang ibu warga emas yang bimbang tiada siapa menjaga anaknya yang terlantar lumpuh berusia 38 tahun akibat kemalangan jalan raya di Pahang enam tahun lalu.