Inisiatif yang diumumkan adalah seperti berikut:
- KADAR maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpul bagi tujuan award wang tunai (GCR) dinaikkan daripada 160 hari ke 180 hari.
- KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.
- BKK Tahun 2023 kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan dibayar pada Januari 2023.
- KADAR Cuti Rehat Khas lima hari untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat lebih 10 tahun ditambah.
- KEMUDAHAN cuti tanpa rekod penjawat awam diperluas, merangkumi kematian adik-beradik, nenek dan datuk.