KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih atas pemergian pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama Dr Razali Nawawi yang meninggal dunia di Hospital Pakar An-Nur pada 6.45 pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata Allahyarham merupakan seorang penjana dan pendiri ABIM yang gigih bersama beliau dan rakan yang lain, selain merupakan antara guru dalam perjuangan penuh liku.
"Saya sempat menziarahi beliau minggu lepas yang sedang uzur. Semoga Allah merahmati rohnya dan memaafkan semua kesalahannya.
"Mendoakan keluarga dan insan tersayang yang ditinggalkan tabah dan dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT. Innalillahi wainnailaihirajiun," katanya.
Pada 13 Mei lepas, Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Razali di kediamannya yang pada ketika itu berada dalam keadaan uzur.
Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama berkata Razali, 83, meninggal dunia akibat kanser prostat.
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor dan solat jenazah dijangka akan diadakan selepas Zohor.
Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Pada 13 Mei lepas, Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Razali di kediamannya yang pada ketika itu berada dalam keadaan uzur. - Gambar fail
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Anwar zahir rasa sedih pemergian Ustaz Razali
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih atas pemergian pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama Dr Razali Nawawi.
Ustaz Razali Nawawi kembali ke rahmahtullah
Pengasas dan Presiden pertama ABIM meninggal dunia pada pukul 6.45 pagi Khamis.