KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan dana awal sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia.
Anwar berkata usul mewujudkan yayasan itu telah disampaikan kepada beliau, oleh Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, yang bertujuan menjaga kebajikan serta mengiktiraf jasa dan khidmat bekas tokoh belia.
Mengimbau sejarah penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM), Perdana Menteri berkata ia tercetus daripada ledakan suara anak-anak muda yang menuntut perubahan.
"Pada masa itu dalam keadaan ledakan suara nyaring anak muda menuntut perubahan, dalam generasi yang disebut rising expectations, kemudian rasa kecewa kerana merosot cita-cita murni itu, kerajaan masa itu di bawah Almarhum Tun Abdul Razak, memberi ruang kepada anak muda melontarkan idea tanpa sekatan dalam Majlis Rundingan Belia Negara.
"Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan masa itu Datuk Hamzah Abu Samah seorang yang sabar, memberi ruang kepada kita menyampaikan pandangan dan kritikan, dan itu memberikan kesempatan kepada anak muda yang mahu menegakkan keadilan dan mengusulkan beberapa rancangan yang diberikan pertimbangan oleh kementerian berkenaan pada masa itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Alumni Majlis Belia Malaysia di Pusat Dagangan Dunia, malam ini.
Anwar berkata di bawah kepimpinan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli Abdul Halim, terdapat kesediaan untuk berbincang dengan lebih teliti berhubung program kepada anak muda, yang sebahagiannya turut boleh dilaksanakan bersama badan-badan belia di negara ini.
Pada masa sama, beliau berharap pertubuhan belia di negara ini dapat menjalin kerjasama dan bergabung, untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada anak muda, khususnya aspek kenegaraan dan nilai-nilai murni yang menjadi semangat Malaysia MADANI, meskipun pada zaman kini yang menuntut transformasi digital dan perkembangan teknologi.
Selain itu, Perdana Menteri juga berharap kerjasama daripada jabatan dan kementerian lain bagi memberikan ruang dan kemudahan kepada mantan pemimpin belia, untuk terlibat dalam bidang seperti keusahawanan dan perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Mengimbau sejarah penubuhan MBM, Perdana Menteri berkata ia tercetus daripada ledakan suara anak-anak muda yang menuntut perubahan. - Gambar Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Belia harus fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh - PM Anwar
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh.

Jangan salahkan graduan sahaja, industri pekerjaan juga gagal berkembang dengan baik - MBM
16 peratus golongan belia lebih memilih untuk memastikan pekerjaan yang dimahukan adalah setimpal dengan tahap kelulusan mereka.

MBM sokong pindaan Akta DBP 1959 perkasa penggunaan Bahasa Melayu
Beri kuasa kepada DBP mengenakan tindakan terhadap pihak yang ingkar kepada pemakaian bahasa Melayu yang dijamin oleh undang-undang.