TANJONG KARANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menzalimi sesiapa termasuklah individu daripada parti pembangkang.
Anwar berkata beliau tahu bagaimana kehidupan di dalam penjara dan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri.
"(Kalau ikutkan) saya dikritik, sudah lama saya ambil tindakan. Kalau ikut kadang-kadang geram, saya dah perosok dalam lokap tetapi tidak boleh sebab negara ini negara hukum (ada undang-undang).
"Orang Pas ke, orang Bersatu ke, saya tidak akan zalimi kerana saya tahu apa dia sengsara duduk dalam penjara," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Perdana Menteri berkata demikian susulan pendakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, 48, di dua Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Beliau didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata anak muda perlu mempunyai kefahaman dalam memacu perubahan negara seperti yang dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah, Ali bin Abi Talib, yang memainkan peranan utama ketika peristiwa hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah.
"Anak muda bukan setakat pegang bendera, jerit-jerit. Ikut dengan kefahaman. Kalau tanya setuju, sokong Anwar atau Pakatan Harapan, Barisan Nasional, biar dengan kefahaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.