Pengerusi Kaukus dan Tadbir Urus Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua kerajaan negara Islam agar terus membela nasib umat Islam yang ditindas di Palestin.
Jelasnya, keadilan terhadap saudara sesama Islam itu perlu diterjemahkan dengan komitmen, dan bukan dengan tindakan retorik semata-mata.
"Jika saya diberi ruang untuk berkata, saya ingin menyeru kepada semua kerajaan negara Islam, kita sebagai negara Islam mempunyai kuasa dan rakyat kita (umat Islam) sedang berdepan dengan ketidakadilan. Itu rakyat kita," katanya ketika memberi ucaptama dalam Majlis Makan Malam Perpisahan sempena Persidangan Liga Parlimen Al-Quds Kali Ketiga di sini pada Ahad.
Katanya, lebih ramai pemimpin yang berani bersuara untuk menuntut keadilan terhadap rakyat Palestin diperlukan bagi usaha itu.
Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan pelan damai yang dibawa oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai buah fikiran pemimpin itu sendiri.
Justeru, ujarnya masyarakat Malaysia dengan pelbagai lapisan agama menyokong perjuangan Palestin untuk menuntut hak mereka yang dirompak Israel hampir tujuh dekad itu.
"Pelan damai yang dikatakan itu bukan dari Amerika Syarikat sendiri, tetapi ia adalah buah fikiran Trump sendiri.
"Segenap lapisan masyarakat pelbagai agama menyokong perjuangan Palestin untuk menuntut hak dan kedaulatan mereka semula," kata Anwar
Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Penasihat Jawatankuasa Penganjur Persidangan Al-Quds, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Fareez Azman
Sun Feb 09 2020
Anwar Majlis Makan Malam Perpisahan sempena Persidangan Liga Parlimen Al-Quds Kali Ketiga pada Ahad. - Foto BERNAMA
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Duta Palestin seru rakyat M'sia bantu isu keamanan, keselamatan di Al-Quds
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.
Anwar seru semua kerajaan negara Islam bantu Palestin tuntut keadilan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua kerajaan negara Islam agar terus membela nasib umat Islam yang ditindas di Palestin.
Ahli Parlimen Liga Al-Quds Palestin bincang cabaran dihadapi umat Islam
Delegasi membincangkan peranan ahli Parlimen dalam mempertahankan hak rakyat Palestin dan melindungi Masjid Al-Aqsa dari ancaman rejim Israel yang berterusan.
Pemimpin agung Iran gelar AS rakan sejenayah Israel aniaya penduduk Palestin
Ali Khamenei turut menggesa negara-negara Islam "untuk menyatakan pendirian terhadap jenayah ini."
OIC desak tindakan segera ke atas pencabulan Masjid Al-Aqsa oleh tentera Israel
OIC mendesak ketua beberapa pertubuhan antarabangsa yang terkenal supaya mengambil tindakan segera berhubung pencerobohan dan pencabulan tentera Israel ke atas tempat suci Islam, Masjid Al-Aqsa.
Pejuang bedil roket ke Israel sejurus gencatan Gaza berakhir
Pejuang di Semenanjung Gaza melepaskan tembakan roket ke Israel sejurus selepas gencatan senjata 72 jam di antara Hamas dan negara Yahudi itu berakhir tanpa perjanjian untuk memanjangkannya.
Korban di Gaza meningkat kepada 30 nyawa
Serangan udara rejim Israel berterusan hari ini dengan ibu pejabat Hamas di Gaza antara yang menjadi sasaran.