KUALA LUMPUR: Antara sumbangan pemikir serta tokoh filasuf (ahli falsafah) terkemuka Jepun Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Izutsu semasa hayatnya memberi impak besar kepada landskap akademik dan falsafah global kerana ilmunya, selain sumbangan beliau kepada dunia lapangan intelektual, teologi dan falsafah yang sangat luas dan rencam sehingga sukar untuk menentukan sumbangan terbesar beliau.
Menerusi hantaran di Facebooknya Perdana Menteri berkata perkara itu disuarakan beliau dalam ucapannya di Universiti Keio, Tokyo hari ini bagi meraikan jasa dan peranan tokoh itu,
Anwar berkata beliau turut mengetengahkan keupayaan Izutsu dalam merapatkan jurang budaya dan bahasa serta memupuk pemahaman silang budaya yang lebih mendalam dan penghargaan terhadap pemikiran Islam dalam konteks kenegaraan dan masyarakat di Jepun.
"Ini pencapaian luar biasa dan bukti kemahiran serta garapan linguistiknya yang mendalam, keluasan ilmunya, dan ketekunan komitmennya," kata Perdana Menteri kini berada di Jepun untuk lawatan kerja tiga hari.
Anwar berkata tugas menterjemahkan al-Quran sangat mencabar kerana dimensi linguistik, teologi, falsafah, spiritual, serta mistik yang kompleks, dan bagi umat Islam, al-Quran tidak sekadar teks tetapi ia adalah wahyu Ilahi dengan lapisan makna yang mendalam.
Sehubungan itu beliau berkata pendekatan Izutsu dalam terjemahan al-Quran bukan sahaja melibatkan lebih daripada sekadar menukar kata-kata Arab ke bahasa Jepun, tetapi juga memerlukan pemahaman yang mendalam tentang bahasa Arab, tradisi Islam serta bahasa semitik.
Perdana Menteri berkata penterjemahan oleh Izutsu, juga menjadikan teks suci al-Quran boleh diakses oleh pembaca berbahasa Jepun, sekali gus menggalakkan pemahaman silang budaya.
"Usaha ini menunjukkan komitmennya untuk merapatkan jurang budaya dan linguistik serta menyumbang kepada kajian Islam dengan sangat ketara," katanya.
The Keio Times dalam laman webnya antara lain menggambarkan Izutsu, yang dilahirkan pada tahun 1914 sebagai ahli bahasa dan menguasai lebih daripada 30 bahasa, sebagai genius yang menghubungkan timur dan barat, dan paling dikenali sebagai penterjemah al-Quran daripada bahasa Arab ke bahasa Jepun.
Beliau menuntut di Fakulti Ekonomi Universiti Keio sebelum berpindah ke Jabatan Bahasa Inggeris di Fakulti Persuratan, dan menjadi penolong profesor di universiti yang sama selepas menamatkan pengajian, sebelum menjadi profesor pada tahun 1954.
Beliau bersara daripada Keio pada tahun 1969 dan menjadi profesor di Universiti McGill, Kanada. Beliau juga pernah betugas sebagai profesor di Institut Kajian Falsafah Diraja Iran sebelum kembali ke Jepun pada 1979 semasa Revolusi Iran.
Izutsu meninggal dunia pada tahun 1993, meninggalkan koleksi buku yang terdiri daripada kira-kira 10,000 jilid dalam bahasa Jepun, Cina, dan bahasa Barat, termasuk kira-kira 3,700 jilid dalam bahasa Arab di kediamannya di Kamakura, di selatan Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Anwar berkata perkara itu disuarakan beliau dalam ucapannya di Universiti Keio, Tokyo hari ini bagi meraikan jasa dan peranan tokoh itu. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat
Pihak JBPM Selangor menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.19 malam.
National Rally dahului pilihan raya awal Perancis
Le Pen dalam reaksinya sifatkan keputusan itu sebagai suara demokrasi dan mendakwa kem Presiden Emmanuel Macron tewas sepenuhnya.
Netanyahu ikrar akan terus berperang hingga Hamas dihapus
Beliau juga menuduh Hamas sebagai satu-satunya halangan kepada pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza.
MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Ia melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui
Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon.
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.
Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat, isu tersebut akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan.
KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy
Nancy berkata isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti khususnya kanak-kanak, golongan kurang upaya serta warga emas tidak boleh dipandang remeh.
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi melibatkan kos lebih RM12 juta.
Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian
Kerajaan memutuskan semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 10A dan ke atas akan mendapat tempat di peringkat matrikulasi.
Isu 6 MP Bersatu: 'Tak perlu tunggu 21 hari, masa terbaik UMNO bukti sokongan pengundi Melayu' - Syed Ali
Pakatan Harapan perlu memberikan ruang kepada UMNO meletakkan calonnya bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan
Rakyat Malaysia diberi pengecualian visa 30 hari ke India mulai 1 Julai ini
Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu, bermula 1 Julai ini hingga 30 Jun tahun depan.
"Tidak turun PRK Sungai Bakap kerana mahu fokus masalah rakyat" - PM Anwar
Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak turun berkempen bagi PRK Sungai Bakap kerana ingin menumpukan kepada masalah ekonomi negara dan usaha membangunkan rakyat.
PM Anwar harap LHDN negeri tingkatkan kutipan hasil, elak ketirisan
Perdana Menteri berharap LHDN di negeri-negeri, dapat meningkatkan prestasi kutipan hasil dan mengelak berlakunya ketirisan.
Kerajaan belum buat sebarang keputusan mengenai subsidi petrol - PM Anwar
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai keperluan merasionalisasikan subsidi petrol RON95, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ikrar teruskan legasi mendiang Karpal Singh pertahan hak setiap warganegara
Anwar berikrar bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus memperjuang dan mempertahankan hak setiap rakyat Malaysia, sebagaimana visi mendiang Karpal Singh.
PM harap pembangunan berteknologi tinggi tidak lupa aspek alam sekitar, budaya
Perdana Menteri Dberharap pembangunan baharu yang berteknologi tinggi seperti projek Kereta Kabel Bukit Bendera, tidak melupakan soal alam sekitar dan budaya setempat dalam seni benanya.
PM Anwar sedih atas pemergian Prof Chaiwat
Anwar berkata Chaiwat mendedikasikan hidupnya untuk menangani isu tanpa kekerasan, penyelesaian konflik melalui dialog dan belas kasihan.
Lima rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat pada minggu pertama
Lima rang undang-undang diluluskan pada minggu pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15.