KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau memfitnah kerajaan selepas meminta penjelasan berhubung kos RM2 bilion untuk menyiapkan Buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian selepas Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) meminta Anwar menarik balik kenyataan berkaitan konsultan luar dan peruntukan RM2 bilion dalam menyiapkan buku RMK-12.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, berdasarkan pertanyaan lisan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya pada November 2013 kepada Menteri Kewangan ketika itu, kerajaan dianggarkan telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM7.2 bilion kepada syarikat perunding swasta.
Ia masing-masing melibatkan RM1.2 bilion pada 2009; RM1.6 bilion (2010); RM1.7 bilion (2011); RM1.8 bilion (2012), manakala sehingga Oktober 2013 pula sebanyak RM721 juta, katanya.
"Jadi kalau saya buat unjuran itu, sebulan kerajaan bayar kepada perunding luar atau asing ialah sekitar RM125 juta sebulan atau RM4 juta sehari.
"Jadi, jangan kita kaitkan prestasi dan kewibawaan penjawat awam menjalankan tugas. Saya cuma nak katakan di sini, kenyataan terbaharu (pada) 1 April 2021, Menteri Kewangan buat kenyataan perunding itu, kalau perunding tempatan (sama ada) Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau IPT Swasta, bayaran tidak boleh melebihi RM500,000," katanya ketika mencelah pada sesi perbahasan RMK-12 oleh Charles Anthony Santiago (PH-Klang) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam masa yang sama, bekas Menteri Kewangan itu turut melahirkan kemusykilan apabila perunding asing boleh dikenakan bayaran melebihi RM50 juta.
Tegas Anwar lagi, kerajaan seharusnya tidak bergantung kepada perunding asing secara meluas berbanding menggunakan perunding tempatan.
Isnin lalu, Anwar mendakwa lebih RM2 bilion telah dibelanjakan kerajaan untuk menyiapkan Buku RMK-12 dengan diberikan kepada konsultan luar negara.
Tegas Anwar, peruntukan tersebut yang diberikan kepada konsultan luar negara sewajarnya diberikan kepada pakar-pakar dalam negara untuk menjalankan kajian, termasuk berkaitan kemiskinan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan menafikan dakwaan penghasilan buku tersebut dibuat dengan kos RM 2 bilion.
Jelas Mustapha, Buku RMK-12 disediakan pegawai Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tanpa melibatkan pihak konsultan luar negara.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 30 2021
Tegas Anwar lagi, kerajaan seharusnya tidak bergantung kepada perunding asing secara meluas berbanding menggunakan perunding tempatan. - Gambar fail BERNAMA
Dinamika politik dunia dengan kepulangan Donald Trump
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Zokhri Idris berkongsi pandangan mengenai dinamika politik dunia dengan kepulangan Donald Trump yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.
KKR selesai 95.33% aduan kerosakan daripada aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan lebih 95 peratus aduan kerosakan jalan di bawah bidang kuasa kementerian itu yang dilaporkan dalam aplikasi MYJalan.
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu Fashion Valet, juga akan panggil NAFAS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Anggota tentera ditahan bersama pelbagai dadah
Pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
Renjatan elektrik: Syarikat bas gagal audit ICOP
Syarikat bas eskpres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki gagal dalam audit ICOP.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Ultimate Print, Darphane kembangkan kepakaran percetakan keselamatan
Kerjasama ini dijangka memberi pelbagai faedah kepada ekonomi dan industri percetakan di Malaysia, termasuk kawalan sempadan dan pencegahan pemalsuan.
KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global - PM
Malaysia bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan memfokuskan keterangkuman dan perkongsian global.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
Malaysia, Bank of China, teroka penyelesaian perdagangan mata wang tempatan
Perbincangan Anwar bersama bank tersebut, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan China.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Rangkaian 5G: Hassan Karim dakwa kerajaan dibayangi kapitalis kroni
Penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh MCMC kepada U Mobile Sdn Bhd, membuktikan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.