Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan antara yang awal meluahkan rasa simpati kepada Azizah dan keluarga menerusi catatan Twitternya pada 1.05 petang Selasa.
Beliau juga turut memberi kata-kata galakan kepada Azizah agar Tuhan meringankan bebannya yang ditanggungnya sehingga kini.
Bagi pengguna akaun Twitter @shakirahabazah, ucapan berkongsi kesedihan diberikan kepada Azizah kerana sentiasa berjuang bersama suaminya tidak kira apa yang berlaku.
Ada juga yang memberi kata-kata sokongan kepada Azizah.
Tidak kurang juga yang mengagumi kekuatan Azizah yang sentiasa berada di samping suaminya.
LIHAT ALBUM