Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar amalan memberi subsidi tinggi kepada anak golongan kaya untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Sains dihentikan, kerana ia memberi manfaat kepada golongan elit dan tidak adil.
- Beliau mencadangkan agar anak golongan kaya yang dihantar ke institusi pendidikan tinggi seperti Fakulti Kejuruteraan perlu membayar yuran sendiri. Ini akan membantu menampung kekurangan dana yang boleh digunakan untuk membantu golongan miskin.
- Kerajaan perlu memastikan dana diagihkan dengan adil kepada golongan yang memerlukan, termasuk golongan rentan, dan menghentikan ketirisan subsidi kepada golongan kaya.
Tegas beliau, amalan yang memberi manfaat kepada majoriti anak golongan elit meletakkan negara dalam keadaan tidak munasabah.
“Cuma masalah yang harus kita fikir sekarang ialah bagaimana buat penilaian, peratusan anak miskin yang ke Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains, Kolej Melayu ketimbang (berbanding) golongan yang mewakili golongan elit.
“Sekadar yang saya dapat faham, majoriti memberi manfaat kepada golongan yang elit.
“Ini termasuk orang kanan penjawat awam, pimpinan politik, pengusaha terkenal... itu semua yang dihantar sekolah terbaik yang dibiayai Kerajaan dengan kadar tinggi sebenarnya meletakkan kita dalam keadaan paling tidak munasabah dan adil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Simposium Kebangsaan 2024: Menoktahkan Kemiskinan di Putrajaya pada Isnin.
“Sepatutnya kalau anak orang kaya itu dihantar ke Fakulti Kejuruteraan -- baik Melayu, Cina atau Iban -- dia bayarlah. Jadi dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan.
“Kalau tidak subsidi ini berterusan. Hasil ini akan digunakan membantu tambahan kepada rakyat yang miskin,” katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan Kerajaan harus adil terhadap golongan memerlukan termasuk golongan rentan.
“Bagaimana harus kita lakukan? Dengan memastikan dana diagihkan, bagaimana boleh dapat diagihkan dana?
“Bentuk ketirisan, termasuk anak golongan paling kaya ke Sekolah Menengah Sains, dibantu subsidi tinggi ini harus dihentikan,” katanya.