Gol menarik Mohd Faiz Subri yang dimuat naik di YouTube oleh FIFATV kini mencecah lebih dua juta tontonan.
Setakat 12.30 tengah hari ini, video tersebut yang dimuat naik pada 21 Nov lepas terus mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila ditonton 2,161,006 pelayar Internet.
Bercakap kepada Bernama, pemain Pulau Pinang yang tercalon dalam senarai tiga terakhir untuk Anugerah Puskas FIFA itu berharap terus mendapat sokongan peminat bola sepak untuk mencipta sejarah sebagai pemain dari benua Asia pertama merangkul anugerah itu.
Dua pemain lain ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
Gol jaringan Marlone yang dimuat naik oleh FIFATV itu ditonton sebanyak 1,361,047 pelayar manakala Danisuka (1,061,741), setakat tengah hari ini.
Bagaimanapun Mohd Faiz, anak jati Ayer Hitam, Kedah itu berpendapat semua calon akhir untuk anugerah itu masih mempunyai peluang sama rata untuk meraih anugerah berkenaan.
"Sekarang ini terpulang kepada undian, siapa yang dapat undian tertinggi akan menang anugerah itu," kata Mohd Faiz.
Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan depan.
Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.
Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Setakat 12.30 tengah hari Isnin, video tersebut yang dimuat naik pada 21 Nov lepas terus mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila ditonton 2,161,006 pelayar Internet. - Gambar BERNAMA
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
FAM setuju hantar jaringan Goulon ke FIFA
FAM kemuka jaringan pertahanan Pahang, Herold Goulon kepada FIFA hari ini.
Tidak fasih 'speaking' bererti tidak pandai?
Bahasa Inggeris hanyalah suatu bahasa dan tidak sepatutnya digunakan sebagai kayu ukur kebijaksanaan manusia.
Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, Isnin lepas.
Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy
Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000
Pemain Pulau Pinang yang juga pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri, bakal menerima ganjaran keseluruhan RM150,000.
Keluarga, rakan sedia skrin besar saksi siaran langsung Anugerah Puskas
Bapanya, Subri Kader, 64, berkata beliau menjemput rakan-rakan Mohd Faiz dan peminat bola sepak untuk datang ke rumahnya beramai-ramai untuk menonton siaran langsung itu.
Hanya selangkah lagi bagi Faiz Subri untuk raih Anugerah Puskas
Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, masing-masing tidak termasuk dalam senarai tiga pesaing teratas untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014.
Saya akan swafoto dengan Ronaldo - Faiz Subri
Finalis anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri merancang untuk berswafoto bersama idolanya, Cristiano Ronaldo jika berpeluang.
Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu
Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia.
Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat
Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, pagi esok.