LUMUT: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Jabatan Penguatkuasaan dan Pelesenan MPM dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan haiwan peliharaan termasuk anjing berwarna putih yang mengejar kanak-kanak terbabit dilakukan Unit Haiwan Merayau sekitar jam 11 pagi.
Menurutnya, haiwan tersebut mempunyai pemilik dan pihak MPM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.
"MPM menyita tiga ekor anjing termasuk anjing putih tersebut kerana pelanggaran syarat dan peraturan yang mana pemilik gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa anjing itu tidak menjadi gangguan kepada jiran-jirannya disebabkan salakan yang tidak berhenti-henti atau selainnya.
"Selain itu, pemilik juga gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa anjing itu tidak merayau di luar kawasan premis pemiliknya dan anjing itu berikat tali apabila dibawa keluar daripada premis pemiliknya," katanya pada Ahad.
Media melaporkan tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan sekitar jam 8.54 pagi pada Sabtu.
Video tular berdurasi 20 saat itu memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing namun, seorang daripadanya bertindak melintas jalan.
Malangnya, kanak-kanak itu terjatuh menyebabkan sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan mengelak hingga terbabas menaiki pembahagi jalan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 28 2024
Video tular memaparkan kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.