Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menyatakan keraguan beliau terhadap kenyataan yang kononnya dibuat oleh presiden Indonesia berhubung isu penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.
Beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan Wisma Putra berkata beliau tidak percaya dengan kenyataan yang menyebut bahawa presiden Indonesia itu memberi arahan supaya kapal-kapal nelayan asing yang memasuki perairan Indonesia secara haram dikaramkan manakala anak kapal diselamatkan sebagai amaran keras kepada nelayan-nelayan tersebut.
"Saya tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang Presiden dan akan menyiasat dakwaan ini," kata Anifah dalam kenyataan tersebut.
Laporan media pada Rabu menyebut bahawa 200 nelayan Malaysia telah ditahan ekoran tindakan menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut.
Anifah berkata pihak kementeriannya belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan Indonesia berhubung penahanan itu.
"Sehingga kini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Malaysia di Indonesia masih belum menerima sebarang notis konsular secara rasmi dari pihak Indonesia berhubung penangkapan tersebut.
"Kedutaan Besar Malaysia telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya mengenai maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut.
"Sekiranya mereka disahkan rakyat Malaysia, bantuan konsular sewajarnya akan dihulurkan," kenyataan itu menyebut.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga dikatakan tidak menerima sebarang notis berhubung penangkapan nelayan Malaysia daripada pihak berkuasa Indonesia dan sedang memantau perkembangan mengenai isu tersebut.
Tambah beliau, kedua-dua negara dalam satu memorandum yang ditandatangai pada 2012, mencapai kata sepakat berhubung bentuk tindakan yang perlu diambil dalam menangani isu terbabit.
"Malaysia dan Indonesia telah menandatangani `MOU In Respect of the Common Guidelines Concerning the Treatment of Fishermen by Maritime Law Enforcement Agencies of Malaysia and the Republic of Indonesia' pada 27 Januari 2012.
"Menerusi MOU tersebut, kedua-dua negara telah mencapai kesepakatan untuk hanya mengusir dan tidak menangkap nelayan-nelayan yang didapati menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia-Indonesia," kata Anifah dalam kenyataan itu.
Astro Awani
Fri Nov 21 2014
![Anifah ragu kenyataan 'karamkan kapal' dikeluarkan Jokowi Anifah ragu kenyataan 'karamkan kapal' dikeluarkan Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71358654174_295x200.jpg)
ANIFAH: Saya tidak percaya ini suatu kenyataan yang dikeluarkan seorang Presiden dan akan menyiasat dakwaan ini. -Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675085343_TBHAJIJI.jpg)
Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
![Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644114978_AnifahAman.jpg)
Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.
![Parti Cinta Sabah retak, beberapa pemimpin kanan umum keluar parti Parti Cinta Sabah retak, beberapa pemimpin kanan umum keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639737766_PartiCintaSabahre.jpg)
Parti Cinta Sabah retak, beberapa pemimpin kanan umum keluar parti
Datuk Ewon Ebin yang juga Naib Presiden PCS berkata, keputusan itu dibuat selepas aktiviti parti itu seolah-olah terhenti, selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri September 2020.
![Henti berpolitik, beri tumpuan bantu rakyat - Anifah Aman Henti berpolitik, beri tumpuan bantu rakyat - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626263378_AnifahAman.jpg)
Henti berpolitik, beri tumpuan bantu rakyat - Anifah Aman
Kerajaan turut digesa untuk memberi tumpuan pada isu kekurangan doktor dan logistik dalam menyegerakan proses vaksinasi dalam negara.
![Saya akan keluar dewan, jika beri manfaat kepada rakyat dan negara - Anifah Aman Saya akan keluar dewan, jika beri manfaat kepada rakyat dan negara - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484878424_AnifahAman.jpg)
Saya akan keluar dewan, jika beri manfaat kepada rakyat dan negara - Anifah Aman
Tindakan Datuk Seri Anifah Aman yang tidak meninggalkan Dewan Rakyat hari ini adalah kerana isu yang dibangkitkan dan diprotes itu tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
![Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61522678012_ZalehaKadirOlpin.jpg)
Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia
Suasana panas menuju pilihan raya umum, ramai mudah terlupa mengenai titik persamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.
![Pendekatan diplomatik tunjang penyelesaian isu penambakan tanah di Laut China Selatan Pendekatan diplomatik tunjang penyelesaian isu penambakan tanah di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517933284_Asean.jpg)
Pendekatan diplomatik tunjang penyelesaian isu penambakan tanah di Laut China Selatan
Beberapa menteri luar ASEAN menyatakan kebimbangan mengenai isu berkenaan ketika berlangsungnya Pemukiman Menteri Luar ASEAN di republik itu pada Selasa.
![Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508136454_NajibQatar.jpg)
Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU
Malaysia dan Qatar pertingkat kerjasama dua hala dalam bidang latihan diplomat, pengajian tinggi, perundangan dan kehakiman.
![Malaysia perjuang inisiatif kesederhanaan bendung fahaman ekstremisme Malaysia perjuang inisiatif kesederhanaan bendung fahaman ekstremisme](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507542699_NasharudinMatIsa.jpg)
Malaysia perjuang inisiatif kesederhanaan bendung fahaman ekstremisme
Pendekatan kesederhanaan adalah elemen penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan mampan.
![Hubungan diplomatik dengan Holy See satu pencapaian - Anifah Hubungan diplomatik dengan Holy See satu pencapaian - Anifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71494330655_DSAnifahAman.jpg)
Hubungan diplomatik dengan Holy See satu pencapaian - Anifah
Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan pewujudan hubungan diplomatik dan penubuhan Kedutaan Besar Malaysia di Holy See sebagai sesuatu yang penting.