KUALA LUMPUR: Angkatan Masa Hadapan perlu memberi tumpuan kepada ancaman bukan tradisional seperti keselamatan siber, ancaman digital serta elektromagnetik pertahanan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata hal ini kerana banyak negara dunia dan kuasa besar pertahanan kini sudah mula memberi perhatian serius kepada aspek itu secara lebih terbuka dan inovatif.
"Penggodaman serta serangan siber hasil operasi atau kegiatan yang disebut hacktivist adalah sesuatu yang berisiko memberi impak besar kepada keselamatan dan pertahanan sesebuah negara.
"Selain itu, hacktivist mampu melumpuhkan aktiviti ekonomi, perjalanan pentadbiran kerajaan, sistem perubatan dan pengangkutan serta banyak lagi impak serius," katanya pada Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di sini hari ini.
Menurut Mohamed Khaled pada suku akhir tahun lepas, satu kejadian penggodaman dan kecurian fail dari Pentagon, Amerika Syarikat, yang digelar sebagai 'insiden besar', telah melibatkan hingga lebih 600,000 e-mel serta memberi kesan kepada lebih 2,500 organisasi kerajaan.
"Pada bulan lepas sahaja, satu lagi insiden yang hampir sama turut dilaporkan melibatkan data berkaitan dengan ketenteraan AS. Insiden sebegini bukan perkara baharu, malah akan terus berlaku.
"Dalam konteks ini, negara jiran kita (Singapura) sudah mengambil langkah terkehadapan, sehingga menubuhkan Digital and Intelligence Services sebagai domain dan ketumbukan baharu yang keempat di bawah Angkatan Tentera Singapura pada 2022," katanya.
Mohamed Khaled berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu mengambil kira jenis peperangan yang akan berlaku seperti serangan keselamatan siber.
"Kita tidak boleh ketinggalan, maknanya pada masa akan datang, kami memerlukan anggota-anggota tentera yang memiliki keupayaan menggodam," katanya.
Beliau berkata perkara itu perlu dikaji kerana negara lain terutamanya Singapura telah memantapkan sistem perkhidmatan tentera mereka.
Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada Pelancaran Kick-off Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KPP) di Wisma Perwira ATM hari ini. - Foto BERNAMA
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Angkatan Masa Hadapan tumpu ancaman digital, elektromagnetik pertahanan - Mohamed Khaled
Angkatan Masa Hadapan perlu memberi tumpuan kepada ancaman bukan tradisional seperti keselamatan siber, ancaman digital serta elektromagnetik pertahanan.