Seorang anggota tentera diberkas polis selepas didapati positif dadah pelbagai jenis di dalam kawasan parkir Rehat dan Rawat ( R n' R) Alor Pongsu arah selatan di sini pada malam Isnin.
Dalam tangkapan sekitar 9.35 malam itu, suspek sedang berada di dalam kenderaan jenis Perodua MyVi dan polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 525 gram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner R. Ravi Chandran berkata pihaknya turut merampas satu paket lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis methampetamin atau syabu dengan anggaran berat 6.7 gram.
"Selain itu, kami turut merampas lima lipatan aluminium berisi pil yang disyaki pil Eramin 5 anggaran berat sebanyak 45 biji, dan kesemua rampasan dadah tersebut bernilai sekitar RM2,100.
"Suspek, yang merupakan seorang anggota tentera juga telah menjalankan ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis THC dan amphetamin," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada petang Khamis.
Ravi Chandra berkata suspek akan direman selama tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan sehingga 2 Oktober ini.
Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori gantung sampai mati.
" Pihak PRDM ingin mengucapkan ribuan terima kaish kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan berharap agar sokongan berterusan akan diberikan dalam pembanterasan dadah di negeri ini,"katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Sep 29 2016
Dalam tangkapan sekitar 9.35 malam itu, suspek sedang berada di dalam kenderaan jenis Perodua MyVi dan polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 525 gram. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Banjir terburuk di Alor Pongsu sejak 18 tahun lepas
Kawasan kediaman penduduk seperti di Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima masih lagi digenangi air sedalam satu meter.
Perak mohon peruntukan khas RM800,000 baik pulih dua ban pecah
Peruntukan khas sebanyak RM800,000 diperlukan untuk membaik pulih dua ban Rancangan Tebatan Banjir Kerian di Sungai Sama Gagah yang pecah akibat dilanda banjir semalam.
Ban pecah: Penduduk 3 kampung di mukim Beriah, Alor Pongsu dinasihat berjaga-jaga
Penduduk tiga buah kampung di mukim Beriah, Alor Pongsu dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
JPJ tingkat penguatkuasaan di Terowong Menora, Gua Tempurung
Anggota JPJ juga melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres bagi mengesan pemandu yang gagal mematuhi peraturan.