IPOH: Seorang anggota polis mengalami patah tulang rusuk dan bahu akibat dilanggar dua kali oleh sebuah kereta ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan - Chemor, malam tadi
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian langgar lari terhadap anggota berumur 34 tahun itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa bersama seorang lagi pegawai rendah polis yang membuat rondaan cegah jenayah bermotosikal di jalan berkenaan telah menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru yang dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.
“Pemandu kereta tersebut telah bertindak mengundurkan kereta dan terus melanggar motosikal mangsa yang menyebabkannya terjatuh.
“Setelah melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur sekali lagi hingga melanggar mangsa kali kedua,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Yusri berkata, suspek kemudiannya memecutkan kereta meninggalkan tempat kejadian dan menghala ke arah Tanah Hitam.
Menurutnya, impak daripada pelanggaran itu menyebabkan mangsa telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak.
“Pemeriksaan awal oleh pihak hospital mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang giat mengesan pemandu kereta terlibat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kanan jenayah IPD Ipoh, ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 04 2024
![Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar dua kali ketika bertugas Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar dua kali ketika bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707081903_AnggotaDilanggar.jpg)
Pemeriksaan awal oleh pihak hospital mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu. - Foto PDRM
![Enam jam kaki tersepit di batu sungai Enam jam kaki tersepit di batu sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387834_LelakiTersepit.jpg)
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
![Lelaki maut motosikal rempuh kereta Lelaki maut motosikal rempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387781_LelakiMaut.jpg)
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720392435_Frenchparliamentary.jpg)
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Polis buru pemandu lori langgar lari Polis buru pemandu lori langgar lari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718760877_TBLORILANGGARLARI.jpg)
Polis buru pemandu lori langgar lari
Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kes kemalangan berkenaan sekitar jam 4 petang.
![Pesara KOKITAB maut dilanggar lari Pesara KOKITAB maut dilanggar lari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713257266_mayat.jpg)
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
![Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712376941_Suspekkeslanggar.jpg)
Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari
Kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi sebelum suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman.
![Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh ditahan Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712309179_TBMASHUPORANG.jpg)
Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh ditahan
Lelaki berusia 50-an itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun sekitar jam 1.20 petang.
![Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712299983_TBMASHUPORANG.jpg)
Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut
Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kejadian langgar lari.
![Kes pukul pemandu hingga mati, 5 suspek didakwa di mahkamah esok Kes pukul pemandu hingga mati, 5 suspek didakwa di mahkamah esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708945145_TBvideotularjpg.jpg)
Kes pukul pemandu hingga mati, 5 suspek didakwa di mahkamah esok
Tiada sebarang perincian lanjut diberikan mengenai seksyen atau akta pertuduhan yang akan dikemukakan.
![Lelaki mati dipukul di Semenyih positif dadah - Polis Lelaki mati dipukul di Semenyih positif dadah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703147857_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Lelaki mati dipukul di Semenyih positif dadah - Polis
Lelaki itu juga didapati mempunyai 10 rekod lampau membabitkan dadah serta satu rekod dikehendaki, juga bersabit kesalahan dadah.
![Pukul hingga mati pemandu didakwa langgar lari, 5 ditahan Pukul hingga mati pemandu didakwa langgar lari, 5 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708496925_TBvideotularjpg.jpg)
Pukul hingga mati pemandu didakwa langgar lari, 5 ditahan
Sebuah kereta Proton Saga terbabas setelah melanggar pagar kawasan perumahan tersebut manakala pemandu kenderaan itu terbaring di atas jalan dengan kedua-dua tangannya diikat.
![Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar dua kali ketika bertugas Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar dua kali ketika bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707081903_AnggotaDilanggar.jpg)
Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar dua kali ketika bertugas
Kejadian langgar lari terhadap anggota berumur 34 tahun itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam.
![Calon SPM maut langgar lari, pegawai kanan polis ditahan Calon SPM maut langgar lari, pegawai kanan polis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702640147_kemalanganmaut.jpg)
Calon SPM maut langgar lari, pegawai kanan polis ditahan
Pegawai polis berkenaan dari Kontinjen Kedah dan akan direman hari ini.