Anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang maut selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Parit Buntar semalam, sepatutnya bernikah esok.
Ayahnya Abdullah Mahmood, 49, berkata semalam merupakan hari terakhir Mohd Azuan bekerja sebelum bercuti untuk majlis pernikahan 28 Mei ini dan majlis resepsi pada 1 Jun.
“Mengikut rancangan, Mohd Azuan tidak pulang ke Johor dan terus menunggu rombongan kami yang akan tiba di Kedah dengan menaiki bas untuk majlis perkahwinan itu," katanya sambil menambah majlis sambut menantu di Johor dirancang diadakan selepas Aidilfitri.
Abdullah berkata anaknya itu amat meminati kerjaya polis sejak kecil dan sentiasa bersemangat ketika bertugas.
Beliau berkata Mohd Azuan, sering menceritakan pengalaman pahit dan manis kerjayanya sebaik tamat menjalani latihan sehinggalah ditugaskan di Balai Polis Batu Kurau.
"Dia ada cakap dengan saya kerjanya sepanjang lima tahun ini kadangkala seronok dan kadangkala sedih tetapi sebagai bapa, saya sentiasa menasihatinya supaya bekerja bersungguh-sungguh dan berhati-hati dalam tugasan yang dilakukan," katanya.
Abdullah, yang masih terkejut dengan kejadian itu, berkata kali terakhir beliau berbual dengan anak ketiganya itu ialah menerusi telefon pada 16 Mei lepas.
Katanya, selain berkomunikasi menerusi telefon, beliau sentiasa mengikuti perkembangan harian Mohd Azuan menerusi laman sosial Facebook.
Abdullah berkata beliau redha dengan kejadian yang menimpa anaknya itu dan berharap pihak polis segera menahan suspek yang terlibat serta membawa mereka ke muka pengadilan.
Dalam kejadian itu, Mohd Azuan, maut di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, kedua-dua mereka dilanggar oleh suspek yang baru sahaja terlibat dalam satu kes samun dekat Alor Pongsu.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kedua-dua mereka yang bertindak atas maklumat daripada orang awam tentang satu kejadian samun sebuah van rokok telah mengejar suspek dan van rokok.
"Mangsa mengejar sebuah kereta jenis Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai dinaiki oleh rakan suspek menyebabkan mangsa tercampak ke dalam parit," katanya.
Acryl Sani berkata polis masih belum mengenal pasti identiti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Suspek agresif dan berbahaya dan mereka akan menggunakan apa juga langkah untuk melepaskan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Astro Awani
Tue May 27 2014

Allahyarham L/kpl Mohd Azuan Abdullah, 25, sepatutnya bernikah esok - Foto Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT dipimpin Sittah Annur
Polis sedang mengumpul maklumat dan mengesan kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat termasuk didakwa mencetuskan Perang Dunia Ketiga di Sabah.

Polis tahan tiga ahli sindiket penipuan skim pelaburan JJPTR
Kesemua mereka adalah warganegara Malaysia, berbangsa Cina dan berusia di antara 28 dan 29 tahun.

Pengerusi MyWatch Sanjeevan ditahan lagi, didakwa tipu ijazah
Pengerusi Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan sekali lagi ditahan selepas dipercayai menggunakan ijazah palsu untuk tujuan menipu.

Jenazah anggota polis maut selamat dikebumikan
Jenazah Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah, selamat dikebumi

Anggota polis maut sepatutnya nikah esok
Mohd Azuan Abdullah, 25, yang maut selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Parit Buntar semalam, sepatutnya bernikah esok.
Dua inspektor polis direman bantu siasatan
Dua pegawai polis berpangkat Inspektor direman dilokap untuk disiasat berhubung dakwaan bahawa mereka telah mencederakan seorang suspek.