KOTA BHARU: Dua lelaki termasuk seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan mercun melibatkan penggunaan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku pada jam 7.45 petang, Rabu ketika sepasukan anggota risikan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa mengekori sebuah kenderaan Toyota Hilux milik PDRM.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lampu isyarat Wakaf Bata, Machang di sini, anggota polis itu didapati bersama seorang lelaki yang juga mekanik berusia 35 tahun.
"Anggota PGA mengekori mereka berikutan kenderaan yang dinaiki dua suspek itu berada dalam keadaan mencurigakan dari Tanah Merah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Muhamad Zaki berkata, pemeriksaan lanjut menemui sejumlah mercun dan bunga api di bahagian belakang kenderaan yang keseluruhannya bernilai RM25,000.
Tambah beliau, polis juga sedang mengenal pasti sama ada anggota tersebut berada di luar kawasan kerana tugas atau sebaliknya.
"Semakan turut mendapati anggota polis itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu manakala mekanik pula mempunyai lima rekod lampau berkaitan narkotik.
"Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 07 2023

Seorang anggota polis dan mekanik ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan mercun.
AWANI Borneo [23/3/2025] – Banjir | Bernilai RM740,500 | Pembangunan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan.
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera.
- Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal.
- Jambatan Jepak-Bintulu dibuka.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Tindakan dan langkah segera selesaikan masalah banjir
Ikuti temubual bersama Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Fadhil Mohd Din, membincangkan tentang tindakan dan langkah segera penyelesaian masalah banjir.
Jambatan Jepak-Bintulu dibuka, tingkat ekonomi rakyat setempat
Selepas enam tahun dibina, jambatan ikonik Jepak-Bintulu dibuka kepada orang ramai sekaligus menjadi meru tanda pembangunan penduduk setempat.
Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh dan kursus-kursus relevan perlu diperhalusi mengikut kehendak pasaran.
Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara
Sabah dan Sarawak antara 12 negeri diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada Ahad.
Cubaan seludup ayam sejuk beku bernilai RM740,500 gagal
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Briged Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam sejuk beku tanpa dokumen sah dalam operasi di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh.
Pangkalan TLDM akan dibina ke Muara Tebas
Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini dirancang di Samalaju, Bintulu akan dipindahkan di satu tapak baharu di Bandaraya Kuching.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pangkalan yang turut menempatkan Markas Wilayah Laut 4 atau Mawilla 4 itu akan dibina di Muara Tebas, yang tapaknya sudah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.

Mangsa banjir di tiga negeri terus menurun petang ini
Keadaan banjir di Johor, Sarawak dan Sabah bertambah baik pada petang ini apabila jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 5,808 orang.

Tunku Mahkota Ismail berangkat melawat mangsa banjir
Tunku Ismail turut meluangkan masa menyantuni sukarelawan pembersihan di pekarangan Masjid Taman Tampoi Indah.
MAIWP peruntuk RM1.6 juta buat 5,427 pelajar pulang beraya
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 juta bagi membantu 5,427 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Wilayah Persekutuan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri menerusi program Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa.

PGA tumpaskan penyeludupan mercun bernilai RM1.4 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas mercun dan bunga api bernilai hampir RM1.4 juta dalam serbuan di Kampung Bunohan, Tumpat, semalam.

Anggota polis ditahan, seludup mercun guna kenderaan PDRM
Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Lelaki ditahan jadikan rumah tempat simpanan mercun bernilai lebih RM20,000
Seorang lelaki ditahan susulan penemuan sebanyak 48 bungkusan dan 273 kotak mercun bernilai RM20,745 di dalam rumahnya di Kampung Bunut Payung, malam tadi.