Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa anggota polis akan ditempatkan di sekitar pejabat Majlis Peguam Malaysia di Jalan Lebuh Pasar bagi mengawasi demonstrasi yang akan dianjurkan oleh Gerakan Media Marah (Geramm) petang ini.
Akhbar The Sun Daily melaporkan, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, “Ya, kami sedar akan protes tersebut dan anggota polis akan berada di lokasi itu.”
Apabila ditanya sama ada kumpulan tersebut telah melaporkan mengenai perhimpunan ini seperti yang tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, beliau berkata: “Tidak, kami tidak dimaklumkan, tetapi kami tahu ia akan diadakan di lokasi tersebut.”
Selasa lalu, kumpulan yang dianggotai oleh editor dan wartawan tempatan membuat kenyataan menerusi laman sosial Facebook dimana protes “Pensil Merah” akan diadakan pada Sabtu, jam 2 petang.
Jurucakap kumpulan tersebut, Radzi Razak memberitahu bahawa protes itu dijangka mengambil masa kira-kira sejam dan menurutnya perhimpunan ini telah dimaklumkan kepada pihak polis.
Dalam satu forum yang diadakan pada 29 Disember lalu, kumpulan tersebut telah mengutarakan lapan perkara mengenai kebebasan media kepada kerajaan.
Antara permintaan termasuk memansuhkan permit penerbitan dan membatalkan penggantungan akhbar mingguan The Heat.
Kementerian Dalam Negeri pada 18 Disember tahun lalu telah menggantung permit akhbar tersebut setelah gagal untuk membalas dua surat tunjuk sebab oleh kementerian.
Namun, penerbitan tersebut menjelaskan di laman portalnya yang pihaknya telah memberikan kerjasama sewaktu mesyuarat bersama wakil kementerian bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Hasil perbincangan itu masih belum diumumkan.
Astro Awani
Sat Jan 04 2014
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geramm gesa MCMC perjelas dakwaan sekatan ke atas Utusan TV
Tindakan untuk memberi notis atau peringatan kepada pihak media berkaitan juga, tambah Geramm lagi, perlu dilakukan sebelum sekatan dikenakan.
Polis siasat dakwaan anggota UTK kasari petugas media di Kelantan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan Gerakan Media Merdeka (Geramm) yang mendakwa tiga petugas media dikasari anggota Unit Tindakan Khas di sebuah majlis di Tanah Merah.
Geramm bimbang ordinan kekang berita tidak benar beri kesan kepada media
Geramm menuntut agar segala peraturan seperti yang telah diwartakan tidak digunakan untuk menindas atau senjata mendiamkan, menekan atau membuli pihak tertentu yang tidak sehaluan.
Geramm minta kurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan media
Geramm minta kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pemimpin politik agar mempertimbangkannya.
NGO sedia jumpa Pandikar selesai isu liputan media di Parlimen
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geramm, FCCM, IoJM bersedia untuk bertemu Speaker Dewan Rakyat bagi membincangkan penyelesaian dalam isu larangan liputan media di Parlimen.
Geramm kesal beberapa wartawan disekat buat liputan PU UMNO 2015
Geramm memandang berat pelbagai sekatan dan layanan ala samseng ke atas barisan wartawan yang membuat liputan di Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Media sosial gerak kempen solidariti #AtTheEdge
Baru sehari kempen solidari bersama kumpulan media The Edge, hahstag #AtTheEdge sudah mendapat sambutan.
Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat
Golongan ini sering membodohkan masyarakat atas nama agama dan membina ketaksuban kepada mereka.
Geramm harap kemelut di Harakah berakhir dengan damai
Geramm khuatir wujud unsur penindasan melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.
Kumpulan serah petisyen kepada Pejabat Perdana Menteri
Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri.