PORT DICKSON: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya di sini.

Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala selepas dilanggar penunggang motosikal yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.



Anggota penguat kuasa JPJ yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan pembaca

Turut tular satu video berdurasi 20 saat memaparkan anggota itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh rakan sepasukan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sinar Harian difahamkan JPJ akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berkaitan insiden itu.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian