Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini, Selasa.
Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.
Ditemui pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket.
Mangsa belum berkahwin.
"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya.
Khairi berkata motif pembunuhan masih disiasat.
Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Bernama
Wed Feb 05 2014
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Bekas koperal Cawangan Khas tembak mati rakan dipenjara 38 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas anggota cawangan khas Bukit Aman (SB) atas kesalahan menembak mati rakan sekerjanya 10 tahun lepas, dengan penjara 38 tahun.
SB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda
Ketua Polis Daerah Sik menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas.
Serangan, penyebaran agenda 'New Malaysia' di media sosial membimbangkan - Cawangan Khas PDRM
Serangan pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu "New Malaysia" yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial semakin membimbangkan.
PDRM umum pertukaran 12 pegawai kanan
Seramai 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia tersenarai dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 Jun depan.
Pegawai SB tidak mengaku terima rasuah percepat urusan bawa pulang tahanan di Syria
Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,500 pada 2018.
Trend isu komunis risaukan Muhyiddin Yassin
Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam.
'Saya akan mohon bajet, beli plakad untuk SB perkenalkan diri' - IGP
Isu berkenaan sepatutnya tidak ditimbulkan mana-mana pihak kerana anggota polis hanya menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan.
SKMM diminta main peranan kawal permainan video berunsurkan perang
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk memainkan peranan atas permainan video dalam talian berunsurkan peperangan.
Masih terlalu awal kaitkan kematian Kim Jong Nam dengan ejen khas - Pengarah Cawangan Khas
PDRM menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai keterlibatan ejen khas luar negara dalam kes kematian Kim Jong Nam.
Lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan ditahan di LRT Jelatek
Lelaki itu ditahan di Stesen LRT Jelatek, Ampang bersama senjata dan dokumen berkaitan Daesh.