Seorang anggota bomba sukerala mendakwa dibelasah sekumpulan penyokong sebuah parti di Taman Merak Jaya, Seberang Perai Tengah awal pagi semalam.
Ho Boon Kai, 24, terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat cedera di mata kanan dan badan dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu.
Kejadian berlaku apabila kereta mangsa bertembung dengan sebuah lori kontena secara mengejut dan pada masa yang sama seorang penunggang motosikal hilang kawalan dan terbabas berhampiran kawasan kejadian.
"Saya sempat memberhentikan kereta saya, tetapi penunggang motosikal itu jatuh dengan sendiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Tetapi kira-kira 15 orang lelaki yang membawa bendera sebuah parti yang melalui kawasan itu mungkin menyangka saya yang menyebabkan kematian itu lalu membelasah saya," katanya kepada pemberita di hospital itu di sini hari ini.
Ho berkata ada antara penyerang itu mengambil batang bendera dan memukulnya sehingga cermin matanya pecah dan kaca itu tercucuk ke dalam matanya.
"Saya merayu kepada mereka serta cuba menceritakan perkara sebenar namun tidak dipedulikan," katanya dan menambah dompet dan telefon bimbitnya turut disamun.
Beliau berkata abangnya yang turut bergegas ke tempat kejadian bagi membantunya juga dipukul.
Mereka telah membuat laporan polis.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan yang melawat Ho mahu polis mempercepat siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Negeri ACP Roslee Chik mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan sedang dijalankan.
"Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa dan saksi serta minta orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya.
Bernama
Thu May 02 2013


DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.

Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang
Suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai akauntan telah memarahi pengadu berkaitan hutang berjumlah RM87,000.

Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek
Mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi.

Polis buru suspek kes belasah pekerja perkhidmatan keranda guna rantai besi
Mangsa dipukul di bahagian belakang badan, kepala, tangan kiri dan kaki oleh suspek susulan pergaduhan berhubung kematian teman wanita pekerja berkenaan.

Suspek belasah pemandu hingga patah 7 gigi ditahan
Suspek yang juga warga Filipina memandu Perodua Alza berusia 35 tahun ditahan polis di kawasan Kepayan, jam 2 petang.

Tegur pemandu tidak guna lampu isyarat, lelaki dibelasah hingga patah tujuh gigi
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih dengan sebuah lagi kenderaan Perodua Alza.

Gaduh angkara vape: Polis tahan 16 lelaki
Kes dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik.

Belasah pelajar junior: Polis tunggu arahan timbalan Timbalan Pendakwa Raya
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tindakan untuk mendakwa atau tidak, bergantung kepada arahan berkenaan.

Pelajar dibelasah guru dipercayai ceroboh asrama - JPN
Kejadian berpunca daripada kesalahan dilakukan pelajar berusia 16 tahun terbabit bersama beberapa rakan lain menceroboh bilik asrama pelajar lain.

Polis tahan empat lelaki warga India kerana membelasah pemandu e-hailing
Polis telah menahan empat lelaki warga India yang membelasah seorang pemandu e-hailing sehingga cedera.