Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima sebanyak 41,963 aduan pada tahun 2012 merangkumi 22 jenis sektor yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan pengguna.
Jumlah aduan ini meningkat sebanyak 1.2 % berbanding tahun 2011.
Aduan berkaitan sektor telekomunikasi merupakan aduan tertinggi yang diterima, iaitu 5,985 aduan.
Dari segi nilai wang pula, aduan daripada sektor automotif mendahului jumlah aduan, iaitu berjumlah RM9,554,831.80 daripada keseluruhan nilai aduan yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).
Menurut Pengerusi NCCC, Datuk Dr. Marimuthu Nadason pada tahun 2012, sektor telekomunikasi mencatatkan jumlah aduan tertinggi diterima oleh NCCC, yang antaranya berkaitan dengan caj tersembunyi, khidmat pesanan ringkas yang tidak dilanggani, caj yang dikenakan terhadap panggilan yang tidak dijawab, dan kekerapan panggilan terputus, disebabkan oleh gangguan perkhidmatan.
Selain itu, aduan kedua tertinggi adalah produk pengguna, yang menerima 5,764 aduan, iaitu 13.7% daripada keseluruhan aduan.
Ketiga ialah penyedia perkhidmatan utiliti, seperti air dan elektrik, dengan jumlah aduan
sebanyak 5,568 aduan.
Kata Marimuthu, perhatian segera perlu diberikan terhadap aduan bagi sektor ini kerana ia merupakan keperluan asas bagi pengguna.
NCCC juga menerima 5,555 aduan bagi industri perbankan. Kebanyakan aduan adalah berkaitan perkhidmatan bank tempatan seperti amalan tidak beretika dan tindakan yang tidak sewajarnya terhadap pengguna.
Bank antarabangsa dikatakan lebih bersikap mesra pengguna dan berorientasikan etika perniagaan.
Pada Seminar Kebangsaan bagi Pengendalian Aduan 2012 pada 27 Ogos 2013 di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur, NCCC telah melancarkan Laporan Tahunan 2012, yang mengandungi 22 kategori aduan.
Laporan ini juga memuatkan cadangan serta syor kepada pengguna dan pihak berkuasa bagi mengelakkan masalah tersebut terus berulang, dan pada masa yang sama, memberikan kesedaran kepada pengguna.
Pelancaran laporan ini diikuti dengan pembentangan hasil dapatan daripada aduan yang diterima, sebagai keperluan untuk meningkatkan langkah proaktif kepada sektor perniagaan dalam mengendalikan aduan pengguna.
Marimuthu juga berkata NCCC berharap, dengan pelancaran Laporan Tahunan NCCC 2012 ini, semua pengeluar barang dan perkhidmatan dapat memberikan perhatian terhadap cadangan dan syor yang terdapat dalam laporan ini.
“Mereka perlu mengambil sikap bahawa -aduan adalah satu hadiah, yang jika digunakan dengan cara sebaik mungkin,dapat mengekalkan dan mengembangkan pasaran barang dan perkhidmatan mereka” tambahnya lagi.
Astro Awani
Tue Sep 03 2013
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Anggap aduan pengguna sebagai satu hadiah - NCCC
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima sebanyak 41,963 aduan pada tahun 2012 dan aduan dari sektor telekomunikasi paling tinggi diterima.