Baik golongan berpendapatan rendah (B40) atau golongan kelas menengah (M40), cerita kos sara hidup tidak pernah lekang menjadi bualan.
Berdasarkan temu bual Astro AWANI bersama Pensyarah Ekonomi, Profesor Barjoyai Bardai dalam buletin khas Malaysia Memilih semalam (Rabu), inilah perkara yang perlu anda tahu kenapa isu ini sentiasa ‘panas’:
- Kenaikan harga barangan tidak seimbang dengan pendapatan;
- Gaji minimum tidak seiring dengan kos sara hidup;
- Kebanyakan majikan tidak meningkatkan gaji kerana sudah selesa membayar upah yang rendah kepada pekerja asing;
- Kebergantungan terhadap pekerja asing menyebabkan syarikat tiada mekanisme lain untuk meningkatkan produktiviti;
- Pemansuhan SST untuk memberi jalan kepada GST sepatutnya mampu mengurangkan harga barang;
- Apabila ketua keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan isi rumah, mereka berdepan dengan hutang;
- Bantuan BR1M sangat membantu masyarakat namun tidak mencukupi; dan
- Keluarga tiada wang lebih untuk menabung.
Nasihat Profesor Barjoyai yang boleh membuatkan anda berfikir dan menjadi berani berdepan peningkatan kos sara hidup
Persoalannya, apakah langkah penyelesaian jangka pendek dan sederhana untuk membantu setiap isi rumah meningkatkan pendapatan mereka?
Barjoyai turut mencadangkan supaya setiap isi rumah berniaga dalam talian bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Ini kerana zaman sekarang yang dipacu teknologi moden telah memudahkan semua orang memanfaatkan dunia digital.