Pihak polis akan memperketat kawalan keselamatan di seluruh negara pada 16 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia daripada ancaman militan Daish.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan militan terbabit akan melakukan kekacauan pada hari tersebut setelah cubaan mereka menggugat keselamatan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan dipatahkan pihak keselamatan.
"Kita tidak menolak kemungkinan mereka nak tunjuk kehadiran mereka. Mereka boleh merencanakan sesuatu," katanya kepada pemberita pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang memantau beberapa individu yang berpotensi untuk mencetus gangguan.
"Mereka berada di bawah radar polis dan kita akan bertindak apabila sampai masanya," katanya.
Sebelum ini tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota kumpulan Daesh ditahan kerana cuba melancarkan serangan di ibu negara, Selangor dan Pahang pada malam Ambang Merdeka.
Dalam majlis serah terima tugas itu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Datuk Asri Yusoff menerima tugas selaku Ketua Polis Kedah yang baharu daripada Datuk Zamri Yahya berkuat kuasa hari ini.
Zamri Yahya pula mengambil tugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman.
Asri, 58, pernah menjadi Timbalan Ketua Polis Kedah dari 2007 hingga 2010 sebelum dinaikkan ke pangkat Deputi Komisioner Polis dan menyandang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman pada 16 Dis 2013.
Bernama
Thu Sep 01 2016
Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan militan terbabit akan melakukan kekacauan pada hari tersebut setelah cubaan mereka menggugat keselamatan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan dipatahkan pihak keselamatan. -Gambar fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Ancaman Daish: Kawalan diperketat sempena Hari Malaysia - Polis
Pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan militan terbabit akan melakukan kekacauan pada hari tersebut.