Hasrat seorang ibu dan anak untuk membeli makan malam berakhir tragedi apabila dua beranak ini maut dalam kemalangan jalan raya malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.29 malam itu, mangsa Dinesh Elumalai, 19 tahun, yang menunggang motosikal jenis SYM membawa ibunya Vannie Ramoo, 57 tahun, dari arah Padang Serai menghala ke Sungai Karangan untuk membeli makanan buat bapanya.
Setiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong kereta di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori tiga tan yang datang dari arah bertentangan.
Akibat rempuhan, Dinesh terperosok di bawah lori manakala ibunya Vannie melambung ke bahu jalan kira-kira 5 meter sebelum terjatuh di hadapan lori tersebut.
Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selain patah tengkuk.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Apr 08 2018
![Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523162215_kemalanganMaut.jpg)
Akibat rempuhan, Dinesh terperosok di bawah lori manakala ibunya melambung ke bahu jalan kira-kira 5 meter sebelum terjatuh di hadapan lori. -Foto Astro AWANI/Adie Sufian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Polis tahan lelaki terlibat serangan bersenjata di Kulim Polis tahan lelaki terlibat serangan bersenjata di Kulim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71501490967_AhmadNasirJaafar.jpg)
Polis tahan lelaki terlibat serangan bersenjata di Kulim
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Bagan, Padang Serai, Kulim, awal pagi tadi, kerana disyaki terbabit dalam serangan bersenjata.
![Lima suspek warga tempatan samun polis ditahan Lima suspek warga tempatan samun polis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526980477_Samun.jpg)
Lima suspek warga tempatan samun polis ditahan
Kesemua suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan adalah warga tempatan yang berumur antara 18 dan 27 tahun itu ditahan di Pengkalan Hulu, Sungai Petani dan Negeri Sembilan pada 17 Mei.
![Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523162215_kemalanganMaut.jpg)
Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut
Akibat rempuhan, Dinesh terperosok di bawah lori manakala ibunya Vannie melambung ke bahu jalan kira-kira 5 meter sebelum terjatuh di hadapan lori tersebut.