Seorang penganggur yang menendang ibunya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Tertuduh Wan Muhammad Faizal Wan Tahar, 24 tahun mengaku salah di hadapan majistret Abdul Hayyi Salim.

Dia dituduh mendatangkan kecederaan dengan sengaja terhadap ibunya, Punisah Saibi, 50 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di rumah ibunya, di Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu 24 September lalu kerana gagal mendapat wang.


Berdasarkan fakta kes, tertuduh ke rumah ibunya untuk mendapatkan wang, namun menendang belakang ibunya apbila gagal mendapatkannya.

Tertuduh kembali sekali lagi ke rumah tersebut dan mengamuk serta membaling tong gas ke arah ibunya namun ibunya sempat mengelak.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh di tahan 12 September lalu.