Seorang novelis dan anak lelakinya cedera ditetak selepas bergelut dengan penyamun di rumah mereka di Taman Lavender Height, Paroi dekat sini, awal pagi Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Abdul Rahim Daud berkata mangsa yang juga merupakan pengurus syarikat, hanya menyedari rumahnya dipecah masuk apabila terlihat kelibat individu yang tidak dikenali dalam rumahnya.
Katanya kejadian di rumah anak Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi.
"Mangsa Ahmad Patria Abdullah, 48, ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu dan terlihat kelibat orang luar telah memecah masuk ke dalam rumahnya.
"Beliau cuba bertindak menghalau suspek dan menjerit memanggil isterinya supaya menghubungi polis. Ketika itu juga berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.
"Anak lelaki mangsa, Abdullah Hasif, 16, terjaga daripada tidur dan terus menuju ke arah bapanya untuk membantu. Pergelutan itu menyebabkan mangsa dan anaknya cedera akibat ditetak mengunakan parang," katanya dalam kenyataan di sini.
Abdul Rahim berkata semasa kejadian, isteri mangsa bersama anak-anaknya yang lain berusia enam dan 10 tahun berada dalam bilik atas kerana tidur.
"Isteri mangsa yang menyedari kejadian ini telah menghubungi talian kecemasan serta turun menekan loceng kecemasan dan ia menyebabkan suspek melarikan diri melalui tingkap yang telah mereka potong.
Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai seramai tiga lelaki dan memecah masuk melalui tingkap dengan memotong jerijinya dan mereka juga keluar menerusi jalan yang sama, kata Abdul Rahim.
Beliau berkata pemeriksaan di lokasi kejadian juga turut mengesan alat pemotong yang digunakan suspek.
"Suspek dipercayai bersenjatakan dua parang dan satu alat pemotong, yang dipercayai terjatuh semasa mereka melarikan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, penulis novel Aristokra itu ketika ditemui berkata ketika kejadian beliau sedang menonton televisyen apabila ternampak kelibat suspek.
"Ketika saya memandang suspek, dia telah mengacukan parang ke arah saya dan minta saya diam. Saya terus menerpa ke arahnya.
"Kebetulan semasa bergelut anak lelaki saya terjaga dan terus menuju ke arah saya untuk selamatkan saya dan dia turut bergelut dengan suspek," katanya.
Menurutnya, akibat pergelutan itu, beliau cedera di kepala, belakang bahu dan kedua-dua tangannya akibat tetakan manakala anaknya mengalami kecederaan di kepala dan tangan kanan. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2016
Akibat pergelutan itu, Ahmad Patria Abdullah cedera di kepala, belakang bahu dan kedua-dua tangannya akibat tetakan. - Gambar Wikipedia / Fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak Sasterawan Negara parah ditetak penyamun
Seorang novelis dan anak lelakinya cedera ditetak selepas bergelut dengan penyamun di rumah mereka di Taman Lavender Height, Paroi dekat sini, awal hari ini.