KUCHING: Ramai rakyat negara ini sebenarnya telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang secara tidak langsung membanggakan Malaysia di persada dunia.
Kejayaan anak-anak Malaysia ini sekali gus memberi inspirasi buat generasi muda untuk terus menempa lebih banyak pencapaian hebat dalam setiap bidang diceburi mereka, dan tidak terkecuali anak-anak muda Sarawak yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, baik dalam bidang sukan mahupun seni.
Semangat untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia menerusi keringat, penampilan dan kreativiti mereka terbukti menerusi pencapaian yang diperoleh dan kejayaan itu turut sama dikongsi seluruh rakyat negara ini.
Sebut sahaja atlet powerlifting negara, sudah pasti nama yang meniti di bibir rakyat Malaysia ketika ini ialah Bonnie Bunyau Gustin, pemuda berusia 22 tahun berketurunan Bidayuh berasal dari Kampung Baru Mawang, Serian, Sarawak.
Mana tidaknya, pada usia semuda itu beliau sudahpun menghadiahkan rakyat negara ini kilauan pingat emas pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo baru-baru ini, sekali gus memberikan keceriaan kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
Selain Bonnie, kecemerlangan ditampilkan seorang lagi atlet dari Bumi Kenyalang, Pandelela Rinong dalam sukan terjun amat membanggakan setelah berjaya merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012, pingat perak edisi Olimpik Rio 2016 selain memahat nama sebagai juara dunia acara 10 meter platform individu di Piala Dunia Terjun FINA di Pusat Akuatik Tokyo, Mei lepas.
Diberi gelaran ratu terjun negara, Pandelela, 28, menjadi antara watak penting dalam perpaduan rakyat negara ini, tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik tetap memberikan sokongan padu sewaktu beliau turun beraksi.
Tidak terbatas kepada bidang sukan, pencapaian anak Sarawak yang turut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ialah pengarah, penulis dan penerbit filem terkemuka dunia, James Wan, 44, berketurunan Cina dan berasal dari Kuching yang kini menetap di Australia.
Bagi mereka yang 'kaki wayang' sudah pasti pernah menonton filem The Conjuring, Aquaman, Insidious, Fast Furious 7, Saw, Annabelle dan The Nun, yang merupakan antara filem yang melonjakkan nama Wan di mata dunia dan menjadi kebanggaan Malaysia.
Selain itu, pelakon kacukan Iban-British kelahiran Betong, Henry Golding, 34, terus membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dalam industri perfileman menerusi filem berjudul Crazy Rich Asians, apabila diberi kepercayaan memegang watak utama, sekali gus pernah menjadi bualan rakyat negara ini.
Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti James Bond berbangsa Asia yang pertama, mengorak langkah dan membintangi sebuah filem yang padat dengan aksi iaitu Snake Eyes: G.I. Joe Origins selain pernah terlibat dalam sebuah dokumentari terbitan DCode by Discovery, 'Surviving Borneo' yang menceritakan perjalanan kisah hidupnya di Sarawak.
Penyanyi dan bintang sape kelahiran Sarawak berketurunan Kelabit-Itali, Alena Murang juga menjadi kebanggaan Malaysia selepas meraih dua anugerah berprestij dalam Anugerah Video Muzik Antarabangsa United Kingdom baru-baru ini.
Kemenangan pemuzik berusia 32 tahun itu diperoleh menerusi video muzik lagu bertajuk 'Warrior Spirit' yang mempamerkan kekuatan dalaman yang ada pada diri dan masyarakatnya yang berasal daripada darah pahlawan.
Tidak ketinggalan, Ratu Cantik Francisca Luhong James, 26, berketurunan Orang Ulu dan Iban melakar sejarah apabila melayakkan diri mewakili Malaysia ke pentas Miss Universe Antarabangsa dan bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Beliau dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 di Kuala Lumpur pada September tahun lepas.
Bagi pemimpin muda Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, kejayaan yang diraih itu bukan sahaja membanggakan Sarawak, malah Malaysia secara amnya.
Fazzrudin berkata semua maklum akan realiti nama anak Malaysia yang terpahat dalam arena antarabangsa tidak seramai negara-negara lain, namun dengan pencapaian daripada bakat-bakat anak Sarawak ini tentu sekali memberi makna yang amat besar buat Malaysia.
"Kita mesti mengambil ini sebagai pembakar semangat untuk kita meneruskan mengasah bakat-bakat di Malaysia, terutamanya di Sarawak. Kita harus bersatu untuk sama-sama mengangkat nama Malaysia di mata dunia," katanya.
Kesemua pencapaian anak Sarawak ini merupakan kejayaan yang harus dikongsikan sebagai kebanggaan bersama 'Keluarga Malaysia' serta sumbangan daripada generasi pasca kemerdekaan yang tidak lain hanyalah ingin membawa nama Malaysia agar dikenali, disegani dan dihormati di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021

Dari atas kiri, Bonnie, James Wan, Henry Golding, Pandelela dan Fazzrudin.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak Sarawak kongsi kejayaan bersama 'Keluarga Malaysia'
Kejayaan anak-anak Malaysia ini sekali gus memberi inspirasi buat generasi muda untuk terus menempa lebih banyak pencapaian hebat.

Francisca Luhong dan cabaran mengakhiri penantian Malaysia di pentas Miss Universe
Misi mengukir nama Malaysia sebagai pesaing hebat di pentas Miss Universe berjaya digalas dengan cemerlang oleh gadis jelita kelahiran negeri Bumi Kenyalang, Francisca Luhong James.

Pengambilan graduan tempatan mampu kurangkan kebergantungan tenaga asing
Keperluan modal insan dalam kalangan graduan tempatan harus menjadi keutamaan bagi memastikan tiada projek pembangunan tergendala.

Sarawak tunggu pemberitahuan rasmi berhubung kebenaran rentas negeri
JPBN Sarawak menyokong langkah Kerajaan Persekutuan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas negeri.

Bekas tahanan cerita pengalaman dua bulan di penjara
Namun, pengalaman lebih 60 hari di penjara cukup memberi kesedaran kepada Nur Mardiana Mohamad Hamzah, 25 tahun, salah seorang anak Sarawak yang ditahan.