KOTA BHARU: Anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare berjaya memperoleh hak penjagaan sementara ke atas adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin.
Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Zaini Sulaiman selepas Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10, memilih untuk tinggal bersama plaintif-plaintif iaitu kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20, nenek, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36.
Mahkamah sebelum itu bertanyakan Qaseh Khadija sama ada dia memilih untuk tinggal bersama siapa dalam prosiding yang dijalankan di kamar hakim.
Dalam keputusan itu, defendan iaitu bapa kandung kanak-kanak itu, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, mendapat akses dan lawatan ke atas anak tersebut.
Pada Mac lalu, plaintif-plaintif memfailkan tuntutan hadhanah melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz bagi mendapatkan hak lawatan, bermesra dan bermalam.
Mereka diwakili peguam syarie Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed manakala defendan diwakili peguam syarie Mohd Zaki Zainal Abidin.
Naimah berkata, berdasarkan permohonan lepas, pihaknya memohon kepada mahkamah untuk perintahkan defendan membawa anak tersebut untuk ditanya berhubung perkara tempat tinggal itu.
“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija membuat pilihan untuk berada bersama plaintif-plaintif.
“Dia pilih kekal di rumah yang menjadi tempatnya membesar sejak kecil dan sudah sebati dengan jiwanya. Jadi, itu pilihan dia dan semua pihak kena hormati,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023
Qaseh Khadija memakai jubah berwarna hitam dipeluk ahli keluarga di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada Isnin. - Foto Sinar Harian
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanjang tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 13 kes pelanggaran di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Anak pengasas Dnars dapat hak jagaan sementara adik bongsu
Anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare berjaya memperoleh hak penjagaan sementara ke atas adik bongsunya.