PUTRAJAYA: Seorang wanita berusia 35 tahun dilahirkan di kem pelarian di Cherating, Pahang, yang ibu bapanya pelarian Islam dari Kemboja, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia.
Rayuan Azimah Hamzah ditolak panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera serta Datuk Gunalan Muniandy.
Vazeer Alam yang menyampaikan keputusan mahkamah secara maya berkata mahkamah bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Azimah bukan individu tidak bernegara.
Beliau berkata Mahkamah Rayuan tidak mendapati sebarang kesilapan dalam dapatan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Azimah gagal membuktikan bahawa dia bukan warganegara mana-mana negara dan menambah bahawa terdapat beberapa bukti bahawa bapanya adalah seorang warga Kemboja pada masa kelahirannya.
Dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 14 (1) (b) dan Seksyen 1 (e) Bahagian II jadual kedua Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang mendapat kerakyatan Malaysia, tidak berlaku kepada Azimah.
Hakim itu berkata mahkamah mengambil maklum bahawa ibu bapa dan adik-beradik Azimah telah memperoleh kerakyatan Malaysia dan Azimah mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui naturalisasi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.
Ibu bapa Azimah menjadi pemastautin tetap pada November 1986 dan memperoleh kewarganegaraan melalui Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan pada 2008. Kakak sulungnya yang dilahirkan di luar Malaysia mendapat kewarganegaraan melalui Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan pada 2008 manakala empat adiknya menjadi rakyat Malaysia selepas ibu bapa mereka mendapat kewarganegaraan.
"Kami berasa empati atas kesusahannya, namun pintu belum tertutup. Ia masih terbuka untuk dia memohon kerakyatan secara naturalisasi jika keperluan undang-undang dipenuhi dan pihak berkuasa berpuas hati," katanya.
Azimah, yang mahu diiktiraf sebagai rakyat Malaysia, mendakwa dia seorang tidak bernegara tanpa kewarganegaraan Kemboja dan telah tinggal sepanjang hidupnya di Malaysia, tidak berjaya dalam semakan kehakimannya yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2020 menyebabkan dia membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Dia memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2019, menamakan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan pelbagai perintah mahkamah termasuk pengisytiharan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia dan pengeluaran MyKad atau sijil kewarganegaraan.
Sementara itu, dalam satu lagi rayuan kewarganegaraan, panel hakim yang sama membenarkan rayuan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, yang dilahirkan berbapakan warganegara Malaysia dan ibunya warga Filipina selepas menolak rayuan Ketua Setiausaha KDN, Ketua Pengarah JPN dan kerajaan Malaysia.
Dalam kes itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kewarganegaraan kepada remaja kelahiran Perak itu dan memerintahkan supaya sijil kewarganegaraan dan kad pengenalan dikeluarkan kepada gadis itu.
Gunalan, yang membacakan keputusan mahkamah berkata hakim Mahkamah Tinggi betul dalam keputusannya pada Mei 2019 untuk memberikan kewarganegaraan kepada remaja itu melalui undang-undang di bawah Perkara 14(1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan memerintahkan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalannya.
Permohonan gadis itu untuk mendapatkan kerakyatan ditolak kerana dianggap tidak sah taraf kerana dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapanya didaftarkan.
Bapa remaja itu telah beberapa kali memohon kewarganegaraan anak perempuannya tetapi tidak berjaya menyebabkan dia memfailkan semakan kehakiman pada 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Rayuan Azimah Hamzah ditolak panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera serta Datuk Gunalan Muniandy. - Gambar fail
Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Hamas serah empat mayat tebusan, tahanan Palestin dibebaskan
Hamas telah menyerahkan mayat empat tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sebagai sebahagian daripada pertukaran terakhir dalam gencatan senjata yang rapuh di Gaza.
Akibat cinta ditolak, lelaki serang ugut bunuh wanita
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes serangan dan ugutan terhadap seorang pengawal keselamatan wanita di Bandar Puteri Puchong.
DBKL tubuh task force perkasa seniman jalanan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif baharu dengan menubuhkan Task Force KL Street Artist bagi menyelaras dan memperkasa aktiviti seni jalanan di ibu kota.
Caj kesesakan di KL tidak sesuai, sistem pengangkutan awam diintegrasikan
Pelaksanaan caj kesesakan di ibu kota tidak sesuai dilakukan selagi sistem pengangkutan awam belum diintegrasikan sepenuhnya.
"Memang Bahasa Malaysia adalah bahasa utama kita" - Menteri Perpaduan Negara
Menteri Perpaduan Negara mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Kampar untuk mengadakan libat urus dan perbincangan secara terbuka melibatkan minoriti dan majoriti untuk isu perpaduan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
PPTM 2025-2035 siap, diserahkan kepada Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara rasmi menerima Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035), menandakan langkah baharu dalam pembangunan sistem pendidikan tinggi negara.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.
LRT3 dijangka mula beroperasi 30 September depan
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 September depan.

Anak pelarian Kemboja lahir di kem pelarian di Pahang gagal dapat kerakyatan
Seorang wanita berusia 35 tahun dilahirkan di kem pelarian di Cherating, Pahang, gagal dalam rayuannya untuk diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia.