Berita mengenai Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang dikatakan telah meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Perkara ini juga telah disahkan oleh anak beliau Az Samad di dalam Twitternya semalam.






Beliau yang turut dikenali sebagai Pak Samad turut menulis di Twitter hari ini dalam bahasa yang cukup puitis penuh bermakna.


Khabar angin yang mula diperkatakan di Twitter semalam menjadi trending apabila ramai yang turut menyebarkannya dengan meluas tanpa tahu kesahihannya.




Ini kemungkinan terjadi apabila seorang kenamaan yang mempunyai nama yang hampir sama dengan beliau, meninggal dunia menyebabkan timbul kekeliruan dan salah faham.