Anak kepada mangsa maut dilanggar tayar lori yang tercabut dan melantun di Ayer Tawar di sini, Jumaat lalu terkilan apabila tiada pihak yang bertanggungjawab tampil berjumpa keluarganya.
Ma'azan Mahamad Ajmi, 30, anak sulung kepada Mariaty Bakar, 58, berkata keluarganya masih belum menerima sebarang panggilan atau surat permohonan maaf daripada pemandu atau syarikat lori terbabit.
"Saya berasa terkilan dan geram kerana pemandu dan syarikat lori itu bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab terhadap kematian ibu saya.
"Tiada langsung yang tampil memohon maaf kepada keluarga kami terutama ayah yang kini dalam keadaan sedih sehingga mengganggu kesihatannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ma'azan berkata selepas kematian ibu, kesihatan ayahnya, Mahamad Ajmi Ahmad, 64, kian merosot sehingga dia pernah dilihat hampir pengsan.
"Saya tahu ayah tidak tenang selagi pemandu atau syarikat lori itu tidak tampil memohon maaf sehingga dia sendiri mahu mencari mereka di beberapa kawasan.
"Namun, setakat ini saya berjaya menenteramkan dia dan saya berpendapat jika pemandu lori tersebut tampil memohon maaf, semangat ayah saya akan kembali pulih," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata pihaknya masih belum menerima maklumat mengenai pemandu lori yang terlibat dalam kejadian itu.
"Pemandu dan syarikat lori yang terlibat perlu melaporkan diri di balai polis terdekat dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat lepas, Mariaty maut selepas dilanggar sebiji tayar seberat 150 kilogram (berat bersama rim) yang tercabut dan melantun daripada sebuah lori di hadapan rumahnya di Kampung Bakar Bata di Ayer Tawar.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017

Anak mangsa maut dilanggar tayar lori yang tercabut dan melantun di Ayer Tawar Jumaat lalu terkilan tiada pihak yang bertanggungjawab. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Anak mangsa maut dilanggar tayar lori terkilan tiada pihak mohon maaf
Anak kepada mangsa maut dilanggar tayar lori yang tercabut dan melantun di Ayer Tawar di sini, Jumaat lalu terkilan apabila tiada pihak yang bertanggungjawab tampil berjumpa keluarganya.