SINGAPURA:"Bantulah kami dengan hanya patuhi SOP (prosedur operasi standard)." Itu adalah rayuan 'Anak Malaysia' di Singapura yang turut terkena tempias apabila Malaysia mencatatkan peningkatan kes COVID-19 sejak dua bulan kebelakangan ini.
Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia menyebabkan Singapura memperketatkan semula langkah rentas sempadan, bermula dengan pelawat dari Sabah pada Oktober dan seterusnya dari seluruh Malaysia mulai akhir November lalu.
Ia turut melibatkan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), satu skim kemudahan bagi pekerja kedua-dua negara berulang alik setiap tiga bulan.
Singapura yang pada mulanya menyifatkan Malaysia sebagai salah sebuah dari enam negara dan wilayah yang berisiko rendah telah memendekkan tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) kepada tujuh hari mulai 1 Sept dan boleh dijalani di kediaman sendiri.
Namun mulai 23 Nov, pelawat dari Malaysia perlu menjalani semula SHN atau kuarantin selama 14 hari di kemudahan yang ditetapkan kerajaan Singapura.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian
BACA: COVID-19: KKM kenal pasti enam kluster baharu, semua libatkan tempat kerja
Ujian COVID-19 polymerase chain reaction (PCR) juga perlu diambil 72 jam sebelum membuat perjalanan masuk ke Singapura.
Pelawat perlu menanggung sendiri kos tersebut dengan caj yang dikenakan bagi SHN 14 hari di kemudahan ditetapkan adalah sebanyak S$2,000 (RM6,065), tidak termasuk ujian calitan COVID-19.
"Inilah tempias yang kami hadapi. Jika kes COVID-19 tidak berkurang, kami rakyat Malaysia di sini juga turut terjejas. Peluang untuk kami pulang nampaknya semakin gelap," kata Shahruddin Helmy Mohd Noh, seorang pekerja syarikat minuman di sini.
Shahruddin atau dikenali sebagai Eddie yang sebelum ini dapat pulang pada bulan Oktober lalu di bawah skim PCA dan kini berasakan peluangnya untuk berjumpa semula dua anak kembarnya serta keluarga semakin tipis.
Seorang pekerja di sektor logistik, Pushparraj Kalaiselvan juga merayu agar semua rakan, keluarga dan rakyat Malaysia di seberang tambak dapat memberi kerjasama mematuhi SOP dalam menangani wabak COVID-19 di tanah air.
Pushparraj yang belum berkesempatan pulang di bawah skim PCA tumpang gembira apabila kerajaan Malaysia membenarkan rakyatnya merentas negeri dan daerah semula mulai 7 Dis lalu selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Saya mengharapkan perkara sama...bantulah kami.. jagalah SOP... dengan pengurangan kes di Malaysia maka langkah ketat di pintu sempadan mungkin dapat dilonggarkan semula dan seterusnya membolehkan kami berulang-alik semula bekerja di sini," rayunya.
Seminggu lagi genaplah sembilan bulan langkah ketat penutupan sempadan negara dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Ini mengakibatkan sebahagian rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang sebelum ini berulang-alik setiap hari terpaksa membuat keputusan drastik menetap sementara di Singapura.
Jika ditanya berapa ramaikah rakyat Malaysia yang berada di republik ini ketika ini, tiada data yang tepat boleh diberikan.
Namun kira-kira 50,000 pasport telah diperbaharui bagi 10 bulan pertama tahun ini di Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di sini, dua kali ganda jumlah tahun lepas sebanyak 24,000.
Pekerja Malaysia di sini digelar 'Anak Malaysia' oleh sebilangan rakyat Singapura yang rata-rata simpati keadaan mereka yang terpaksa tinggal sementara di sini dengan kos hidup yang tinggi.
Singapura berada di tangga keempat di dalam Worldwide Cost of Living index (WCOL) yang dikeluarkan The Economist Intelligence Unit baru baru ini.
Anak Malaysia ini lebih bebas hidup bersama dalam komuniti tempatan termasuk menyewa bilik di pangsapuri Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan hostel, berbanding pekerja asing lain yang majoriti ditempatkan di asrama pekerja.
Setakat semalam, jumlah jangkitan terkini di Singapura adalah 58,297 kes dengan 54,504 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing, 2,275 kes komuniti dan 1,518 kes import.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia menyebabkan Singapura memperketatkan semula langkah rentas sempadan. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Anak Malaysia' di Singapura rayu turunkan semula kes COVID-19
"Bantulah kami dengan hanya patuhi SOP (prosedur operasi standard)." Itu adalah rayuan 'Anak Malaysia' di Singapura yang turut terkena tempias apabila Malaysia mencatatkan peningkatan kes COVID-19 se

Ismail Izzani sampaikan sajak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia
Sempena hari kanak-kanak sedunia, duta remaja Unicef, Ismail Izzani menyampaikan sajak nukilan Lily Jamaludin yang bertajuk Rain Drops.

'Ringan tangan beramal, pintu rezeki terbuka bagai air yang mengalir' - Mr Kentang
Kisah seorang aktivis sosial, Mr Kuan Chee Heng atau lebih popular dengan gelaran Mr. Kentang.