KOTA KINABALU: Polis sedang menunggu laporan forensik membabitkan telefon bimbit anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu yang maut dipercayai tertembak diri sendiri menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
"Kandungan telefon bimbit itu masih belum kita dapat kerana ada kata laluan" katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas KPD Kota Kinabalu di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.
Pada 16 April lalu, anak perempuan bongsu KPD Lahad Datu berusia 14 tahun ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah dipercayai tertembak diri sendiri menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka.
Jauteh turut memaklumkan KPD Lahad Datu itu masih lagi menjalankan tugasnya seperti biasa.
"Buat masa ini, dia meneruskan tanggungjawabnya sebagai KPD dan dia sudahpun bekerja," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024

Jauteh berkata siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa. -Foto Sinar Harian

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Rangka dan tulang manusia ditemukan di kebun durian
Polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.

Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.

Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.

Kes rasuah Guan Eng: Pihak pendakwaan serah laporan forensik perbualan WhatsApp
Pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Rasuah projek terowong: Guan Eng berjaya dapatkan laporan perbualan WhatsApp
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Lim Guan Eng untuk mendapatkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam perbicaraan kes rasuah membabitk

Tragedi 4 beradik maut kebakaran: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian
Kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah mahupun tidak disengajakan.

Polis tunggu laporan forensik berhubung bahan letupan sebabkan kematian pelayan restoran
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata setakat ini siasatan kes itu sedang dijalankan merangkumi semua aspek.

Kes bunuh Eric Chang: Sebutan semula pada 29 Julai
Tarikh baharu itu bertujuan menunggu laporan forensik yang masih belum selesai.

Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik
Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.