MIRI:Semua mangsa kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Baram awal padi tadi, selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 2.30 petang dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Agensi itu berkata kapal tersebut, yang hampir karam sebelum kapten dan anak kapal berjaya mengawal keadaan di tengah-tengah keadaan cuaca buruk dan ombak tinggi itu, kini berlabuh kira-kira empat batu nautika dari Kuala Sungai Miri.
“Mengenai dakwaan yang tular mengatakan seorang lagi anak kapal maut dalam insiden itu masih belum dapat disahkan dan sebuah helikopter Petronas diatur untuk membawa pegawai perubatan dan anggota polis ke pelantar minyak Baram B untuk mengesahkannya,” kata APMM dalam kenyataan di sini.
BACA: Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu
BACA: Dayang Topaz: Dua anak kapal disahkan meninggal dunia, 185 berjaya diselamatkan
Dalam kejadian itu, dua anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan dalam insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri pada pagi Selasa.
Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM, Komander Suzanna Razali Chan terdapat 187 kru secara keseluruhan, 185 adalah warganegara manakala selebihnya ialah warga Indonesia.
Bernama
Tue Oct 27 2020
Dalam kejadian itu, dua anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan. -Bernama
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat
Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengumpul bukti dan dokumen sokongan mengenai siasatan berkaitan insiden kapal MV Dayang Topaz di Perairan Miri pada 27 Okt lepas.
Insiden Dayang Topaz: Siasatan sedang berjalan - Petronas
Petronas menyatakan kesemua pihak berkuasa berkaitan telahpun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Insiden Dayang Topaz : Kesemua anak kapal dikehendaki jalani saringan COVID-19 dan kuarantin
187 anak kapal termasuk dua warga asing yang diselamatkan diarah untuk menjalani saringan COVID-19 dan melalui proses kuarantin 14 hari.
Anak kapal MV Dayang Topaz selamat tiba di Pelabuhan Miri
Semua mangsa kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Baram awal padi tadi, selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 2.30 petang dan diberi rawatan awal.