LAHAD DATU: Seekor anak gajah mati akibat dilanggar sebuah kereta dalam satu kemalangan di Kilometer 13 Jalan Lahad Datu-Sandakan, pada awal pagi Sabtu.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin memaklumkan anak gajah Itu mati di lokasi kejadian kira-kira jam 2.15 pagi.
Bagaimanapun, pemandu kereta iaitu seorang lelaki rakyat tempatan, tidak mengalami kecederaan namun kereta Perodua Viva yang dipandunya rosak di bahagian hadapan kereta.
Dalam kejadian itu, anak gajah berkenaan dikatakan sedang melintas secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu kenderaan terbabit tidak dapat mengelak lalu melanggar haiwan liar tersebut.
Menurut Syelvester, pihakya telah melakukan post-mortem, kemudian menanam bangkai anak gajah berkenaan, pada Sabtu.
Zulhafiiz Brahim
Sat Nov 26 2022
Anak gajah berkenaan dikatakan sedang melintas secara tiba-tiba menyebabkan pemandu kenderaan terbabit tidak dapat mengelak. - Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Anak gajah mati dilanggar kereta
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin memaklumkan anak gajah Itu mati dilokasi kejadian kira-kira jam 2.15 pagi.