SEREMBAN: Anak bekas menteri akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan mengemukakan invois penjualan minyak masak palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had yang dihadapinya.
Peguam Nasuha Badrul Din yang mewakili Muhammad Faisal Hamzah, 39, anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mazni Nawi hari ini.
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan untuk tindakan selanjutnya.
Pada 5 April lepas, Muhammad Faisal dan rakan perniagaannya Azizul Abdul Halim, 55, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan mengemukakan invois penjualan minyak masak palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had.
Pada prosiding hari ini, Muhammad Faisal tidak hadir ke mahkamah kerana cuti sakit.
Berdasarkan pertuduhan, mereka yang merupakan pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd iaitu syarikat pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, didapati telah memberikan maklumat palsu semasa mengemukakan maklumat berhubung dokumen atau invois penjualan minyak masak kepada dua kedai runcit di sini.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri kira-kira pukul 5 petang pada 12 Ogos tahun lepas.
Pendakwaan mengikut Seksyen 22(4) Akta Kawalan Bekalan 1961 hendaklah disifatkan telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, didenda maksimum RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Syarikat itu yang diwakili mereka turut didakwa mengemukakan invois palsu dan memiliki minyak masak melebihi had 50 metrik tan, mengikut Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat KPDN dan premis perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di Kawasan Industri Sinar Andalas, Senawang kira-kira pukul 11.15 malam, 11 Ogos dan 5 petang, 12 Ogos tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Pada 5 April lepas, Muhammad Faisal dan rakan perniagaannya Azizul Abdul Halim, 55, mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mengemukakan invois penjualan minyak masak palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had. - Gambar fail

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.

Seleweng minyak: Anak bekas menteri mohon percepat keputusan representasi
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan representasi kes penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi melibatkan dua pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri tahun lalu.

Keputusan representasi anak bekas menteri diketahui 20 September
Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 20 September depan untuk keputusan representasi yang dikemukakan dua bekas pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri.

Anak bekas menteri akan fail representasi berhubung tuduhan libatkan minyak masak
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.