ALOR SETAR: Anak-anak perlu menyediakan persekitaran positif dan memberikan sebanyak mungkin maklumat tepat tentang keberkesanan vaksin COVID-19 kepada ibu bapa untuk mempengaruhi serta menggalakkan mereka mendaftar sekali gus menerima suntikan vaksin.
Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf berkata penceritaan kebaikan vaksin itu perlu disampaikan secara meluas kepada ibu bapa dalam usaha meyakinkan mereka untuk menerima suntikan vaksin tersebut.
Beliau berkata anak-anak boleh menceritakan kelebihan mengambil vaksin COVID-19 dengan pertuturan yang baik dan lemah lembut tanpa paksaan.
"Cerita orang tua (lain) yang telah berjaya ambil vaksin dan sihat sewajarnya digembar-gemburkan untuk menjadi testimoni kepada ibu bapa yang enggan ambil vaksin bahawa kawan mereka yang lebih teruk keadaannya dari segi kesihatan sudah ambil dan gembira saja dengan pengambilan vaksin tersebut," katanya kepada Bernama.
Abdul Razak berkata pengalaman manis yang diceritakan sebelum, semasa dan selepas pengambilan vaksin oleh warga tua lain juga boleh membantu mewujudkan keyakinan ibu bapa yang enggan divaksinasi untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka sebelum ini.
"Anak-anak juga boleh menggunakan pendekatan psikologi dengan memaklumkan akibat tidak mengambil vaksin kepada ibu bapa, antaranya seperti tidak boleh merentas daerah atau negeri sekali gus tidak boleh berjalan atau melawat cucu," katanya.
Beliau berkata selain itu, orang luar daripada lingkungan keluarga seperti doktor atau individu berpengaruh yang selalu ibu bapa temui atau hormati juga boleh membantu meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk segera mengambil vaksin.
Sementara itu, Noor Asmin Mohd Khassim, 43, dari Jitra yang berjaya memujuk ibunya Rahmah Ahmad, 79, mendaftar dan sudah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin itu pada Mei lepas berkata beliau sering berkongsi cerita kebaikan vaksin itu kepada ibunya melalui pembacaannya daripada sumber sahih.
"Pada mulanya mak saya macam payah (nak daftar) sebab dapat tahu info negatif yang tak sahih tentang kesan vaksin.
"Tetapi alhamdulillah, saya daftar untuk mak saya dulu, dan mak dah terima vaksin ini... keadaan mak sihat sahaja.
"Selepas mak saya selesai terima kedua-dua dos vaksin, baru saya daftar untuk ayah saya pula, dan ayah telah dapat dos kedua suntikan pada 22 Jun lepas.
"Ayah saya sejak dari awal lagi memang dah bersetuju untuk ambil vaksin," katanya.
Noor Asmin berkata peranan anak-anak begitu penting untuk mempengaruhi keputusan ibu bapa dan keperluan itu telah mendorong beliau membuat pembacaan sendiri serta memahami fakta tepat berkaitan vaksin untuk menangkis segala maklumat tidak sahih tentang vaksin COVID-19.
Mohd Zulhelmi Mohd Sayutti, 33, dari Guar Chempedak dekat Yan pula berkata ibunya Salmiah Shaari, 56, pada mulanya enggan mendapatkan vaksin itu akibat cerita negatif tentang vaksin namun akhirnya bersetuju mendaftar pada 25 Jun lepas dan telah menerima suntikan dos pertama vaksin itu semalam.
Beliau berkata persekitaran ibunya yang positif juga mempengaruhi keputusan Salmiah untuk mendapatkan vaksin itu apabila mendengar perkongsian cerita baik daripada anak saudara dan kakak kepada ibunya yang telah pun menerima suntikan vaksin berkenaan.
"Saya yang daftar untuk mak melalui aplikasi MySejahtera. Sebelum ini mak tidak mahu (daftar) sebab terpengaruh cerita negatif (kesan vaksin), tetapi bila persekitaran mak yang berikan maklum balas positif, mak sendiri jadi sukarela untuk suntik vaksin ini.
"Orang tua-tua ini payah sikit, ada sikap 'degil' yang mereka akan buat ikut cara mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021
Dr Abdul Razak berkata penceritaan kebaikan vaksin itu perlu disampaikan secara meluas kepada ibu bapa. - twitter @bernamadotcom
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Semua PLC perlu adakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac 2025
Semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia perlu mengadakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac, 2025, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd.
Ini lapangan terbang miliki sambungan penerbangan terbaik di dunia
Lapangan Terbang iGA Istanbul, yang dibuka pada 2018, muncul lapangan terbang yang mempunyai sambungan terbaik di dunia.