KUALA LUMPUR : Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memohon maaf kepada Amir Jahari, penyanyi lagu tema filem Imaginur, Hasrat kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Jelasnya, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan menggantikannya dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Amir Jahari Music saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Srikandi Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras di sini pada Jumaat.
Beliau juga mengingatkan Amir agar lebih berhati-hati selepas ini dengan meletakkan tanda amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan lagunya untuk tujuan politik.
“Satu sahaja pesan saya untuk anak muda seperti Amir Jahari ... teruskan berkarya, tetapi kalau kamu tak suka karya kamu itu tidak suka jika digunakan oleh orang politik, letak siap-siap sebelum kamu letak di YouTube dan sebagainya. Letak “Jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik”. Jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu,” ujarnya.
Mas Ermieyati juga faham tindakan artis itu mungkin disebabkan beliau adalah Ahli Parlimen pembangkang.
“Saya percaya pada industri kreatif di Malaysia, betapa potensi besar di Malaysia untuk kita dapat pendapatan baik melalui usaha anak tempatan yang kreatif sebagaimana Amir Jahari Music.
“Baru berusia 30 tahun, namun anak muda ini mungkin takut, saya tak tahu. Sebab saya ini ahli parlimen pembangkang orang malu, kau faham tak semua ni? Orang takut dengan kita sebab kita pembangkang. Kamu berjuang untuk rakyat tetapi mereka malu dengan kita. Dosakah saya menghargai muzik?,” tambahnya lagi.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, hantaran dengan lagu latar itu sebenarnya dimuatnaik oleh seorang anak muda berusia 19 tahun.
Malah, tindakan itu dilihat untuk menghargai muzik yang secara tidak langsung dapat mengajak orang lain untuk mendengar lagu itu.
“Yang buat semua muat naik semua ini bukan saya, tetapi anak muda usia 19 tahun, lelaki kerana dia menghargai muzik, segar. Malah, Imaginur adalah filem yang sangat baik. Lakonan mantap dan idea baik.
“Sebab itu apabila dia menyatakan minta turunkan lagu kerana tidak mahu ada politik dan dia nak saman saya sebab copyright, saya jadi macam garu kepala. Saya tanya mana kamu dapat lagu ini? Dia cakap dari YouTube. Habis tu, kalau dapat dari YouTube tak kan tak nak bagi orang dengar, lagi orang dengar lagi bagus,” ujarnya.
BACA: Mas Ermieyati diminta padam lagu 'Hasrat' di video politik atau berdepan tindakan
Pada Jumaat, wakil pengurusan komposer dan penyanyi Amir Jahari meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menarik balik lagu Hasrat yang dimuatkan dalam video menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas Pengurus Amir, Joe Lee dalam ciapan Twitternya menggesa Mas Ermieyati segera memadamkan lagu tersebut yang digunakan tanpa izin.
Rahimah Abdullah
Fri Mar 10 2023

Jelas Mas Ermieyati, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan menggantikannya dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu.

Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.