Masyarakat disaran hanya mengambil ubat jika perlu dan atas nasihat pengamal perubatan selain bijak memilih jenis ubat yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan tertentu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramniam berkata tidak semua penyakit memerlukan pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik kerana ia akan melambatkan proses pemulihan seseorang individu.
"Kadang-kadang, ada golongan yang suka mengambil ubat walaupun tidak perlu. Mengambil contoh antibiotik, jika dimakan terlalu lama, ia akan mewujudkan 'antibiotic resistance' (rintangan antibiotik).
"Pengambilan antibiotik yang tidak betul akan menyebabkan kuman biasa sukar dihapuskan sehingga pesakit terpaksa pula diberi antibiotik yang lebih kuat dan mengganggu imunisasi badan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, dalam isu berkenaan, pengamal perubatan juga disaran tidak mempreskripsikan antibiotik kepada pesakit melainkan keadaan amat memerlukan dan pesakit juga digalakkan tidak meminta ubat berkenaan.
Terdahulu, Dr Subramaniam melancarkan Fiesta Farmasi Kebangsaan 2015 sebagai kempen meningkatkan pengetahuan masyarakat berhubung jenis ubat-ubatan dalam pasaran dan cara pengambilan yang betul.
Menurutnya setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendaftarkan sebanyak 24,462 jenis ubat dan masyarakat dinasihat supaya sentiasa membuat rujukan bagi pembelian yang tidak dipreskripsi oleh pengamal perubatan.
Dr Subramaniam berkata langkah sedemikian akan mengelakkan berlakunya salah pembelian jenis ubat selain mengurangkan pembaziran wang terutamanya bagi ubat yang mahal.
"Daripada sejumlah 24,462 jenis ubat itu, 50 peratus daripadanya adalah ubat tradisional dan kira-kira 7,000 jenis pula adalah ubat yang diberi atas nasihat doktor.
"Walaupun maklumat mengenai ubat-ubatan mudah didapati menerusi internet, namun rakyat mesti mendapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor kerana tidak semua maklumat dalam internet itu betul," katanya.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata pengamal perubatan dinasihat supaya tidak memberi preskripsi ubat kepada mana-mana pesakit bagi tempoh yang lama bagi mengelakkan pembaziran.
Ini kerana katanya, ada golongan masyarakat yang tidak menghabiskan ubat yang diberi dan ini akan menyebabkan wujudnya lebihan bekalan kepada mereka.
"Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion untuk membeli ubat-ubatan bagi diberi kepada rakyat namun jika pembaziran berlaku, ia akan merugikan banyak pihak," katanya.
Ditanya mengenai kewujudan penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dengan KKM, Dr Subramaniam berkata Bahagian Farmasi kementerian sentiasa memantau dan menjalankan penguatkuasaan terhadap isu berkenaan.
Katanya mana-mana individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang dikesan menjual ubat tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda RM25,000 bagi setiap jenis ubat atau penjara lima tahun.
Bernama
Sun Sep 20 2015
DR SUBRAMANIAM: Kadang-kadang, ada golongan yang suka mengambil ubat walaupun tidak perlu. Mengambil contoh antibiotik, jika dimakan terlalu lama, ia akan mewujudkan 'antibiotic resistance' (rintangan antibiotik). -Gambar fail
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.