Lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada individu-individu yang mengambil penumpang secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 melalui tangkapan yang dijalankan sepanjang tahun lepas.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan sepanjang 2016 itu membabitkan 58 kes tangkapan yang terdiri daripada pemandu teksi, kereta sapu, Uber dan GrabCar serta ulat tiket.
"Aktiviti 'mengulat' atau menarik penumpang yang tiba di lapangan terbang ini telah berleluasa sejak bertahun lalu dan menjejaskan pendapatan para pemandu teksi berdaftar di KLIA dan KLIA2," katanya ketika sidang media sempena 'Ops Parasit' di KLIA malam tadi.
"Lima puluh lapan individu terbabit merupakan warga tempatan dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, pada tahun lalu juga sebanyak 58 kenderaan telah disita akibat kesalahan mengambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2," katanya.
Menurut Che Hasni, dalam operasi terbaharu hari ini yang bermula pada pukul 6 pagi hingga 8 malam, pihaknya berjaya menahan tiga ulat di KLIA serta KLIA2 dan mereka kini sedang direman dan akan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk sebutan kes hari ini (Rabu).
Tambahnya pihaknya mendapati aktiviti mengulat menjadi lebih parah dengan penglibatan pemandu Uber dan GrabCar yang mula dikesan aktif di dua lokasi tersebut sejak Oktober lepas.
"Ketika menjalankan aktiviti 'mengulat' itu, mereka biasanya akan menutup aplikasi yang digunakan bagi mengelak dikesan pihak syarikat pengendali perkhidmatan masing-masing dan kemudian akan menarik para penumpang dan pelancong yang baru tiba di lapangan terbang, " katanya.
Kata beliau, sepanjang operasi itu dilakukan ada pemandu yang telah ditangkap pihak SPAD sehingga tiga kali atas kesalahan yang sama kerana hasil pendapatan lumayan yang berjaya diraih melalui aktiviti tersebut.
"Untuk kes seperti itu, biasanya kita akan meminta pihak mahkamah mengenakan hukuman yang lebih berat dari sebelumnya untuk kesalahan yang berulang," katanya.
Katanya operasi penguatkuasaan untuk menangkap individu yang terlibat dengan aktiviti 'mengulat' akan diterus pada tahun ini dan meminta kerjasama para penumpang untuk tidak menggunakan perkhidmatan mereka. --Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017
Che Hasni berkata berkata operasi penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan sepanjang 2016 itu membabitkan 58 kes tangkapan yang terdiri daripada pemandu teksi, kereta sapu, Uber dan GrabCar serta ulat tiket. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (20 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Donald Trump faktor kenaikan mendadak nilai Bitcoin
Nilai Bitcoin telah meningkat kepada ASD90,000 pada Selasa, susulan jangkaan pemerhati bahawa Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump akan menjadi lebih mesra matawang kripto
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin
Seorang wanita Amerika Syarikat didakwa cuba menyerang lelaki Palestin
Seorang wanita Illinois berhadapan dengan beberapa pertuduhan menimbulkan kebencian terhadap seorang lelaki Palestin dan isterinya yang mengandung.
Perbuatan itu dirakam oleh sebuah kamera telefon bimbit di dalam sebuah kedai bakeri
Perbuatan itu dirakam oleh sebuah kamera telefon bimbit di dalam sebuah kedai bakeri
Dua polis, suspek tercedera terkena tembakan
Dipercayai, insiden itu berlaku selepas polis berkenaan menghentikan sebuah kenderaan yang disyaki dicuri.
Tentera Guatemala rampas hampir 4,000 bungkusan dadah disyaki kokain
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Negara, Ann Marie Argueta, pihaknya mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan kira-kira 20 batu nautika dari pantai berhampiran.
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
Musim kedua bermula, ruang ketengahkan inovasi
Innovathon merupakan sebuah program realiti televisyen berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sokong PMX dalam usaha lenyapkan Israel - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan menyokong penuh sebarang usaha termasuk langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB selain melenyapkan terus negara haram itu.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti mekanisme bagi mengesan ketirisan rantaian bekalan minyak masak bersubsidi dari peringkat pembungkusan, pemborongan, peruncit hingga pengguna.
Ambil penumpang secara haram, denda lebih RM200,000 dikenakan SPAD sepanjang 2016
Lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada individu-individu yang mengambil penumpang secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).